Ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu Anwar Ibrahim. Kes Video Seksnya bakal membantu dia untuk menjalankan perang putar alamnya terhadap rakyat di Sarawak. Dun Sarawak yang telah dibubarkan, kini hanya menanti tarikh penamaan calon dan tarikh untuk pilihan raya.
Jentera-jentera pembangkang memang tengah sibuk merancang cara nak mendapat sokongan rakyat di Sarawak. Setelah kegagalan mereka dalam memperbaiki taraf hidup penduduk di sana, kini mereka sedang mencari cara untuk rakyat membenci kerajaan.
Kenapa kes video ini berlaku semasa Dun Sarawak dibubarkan? adakah ini juga salah satu taktik mainan Anwar dan para pengikutnya. Adakah pakatan rakyat dalang dalam perkara ini?
Rakyat di Sarawak kini lebih bijak dalam memilih wakil mereka. Walaupun banyak fitnah yang telah dihamburkan oleh pihak pembangkang mengenai Tan Sri Taib, tetapi rakyat Sarawak lebih mengenali Tan Sri Taib, seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah membelakangkan rakyat Sarawak, sentiasa sedia membantu mereka dalam segala masalah.
Pihak pembangkang sememangnya takut dengan imej bersih tanpa politik kotor Tan Sri Taib. Maka pelbagai fitnah dilemparkan oleh mereka malah juga dibantu oleh pejuang-pejuang PAS dalam merencanakan fitnah-fitnah tersebut.
Saya mengharapkan agar rakyat Sarawak tidak terperdaya dengan taktik licik Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Diharapkan agar Rakyat Sarawak tetap bersama Barisan Nasional. Bersama-sama kita tolak Pakatan Rakyat !!
No comments:
Post a Comment