Tuesday, March 15, 2011

Konspirasi BN ? Itu Hanya Alasan...


Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Al Juburi berkata kepada Sinar Harian hari ini bahawa desakan demi desakan yang diterimanya agar menyerahkan DNA nya secara sah adalah satu konspirasi Barisan Nasional untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Al Juburi ini juga berkata, "Saya telah jelaskan dari awal kerja fitnah dan khianat dan ini mainan mereka dan akhirnya terpaksa gantung dubur orang untuk mempertahankan kuasa politik mereka."

Apabila kes mereka mengenai penolakan barang bukti DNA di mahkamah telah diterima, tiada pula sebarang komen mengenai konspirasi ini. Keputusan diterima dengan gembira oleh Datuk Seri serta Peguamnya dan juga seluruh penyokong-penyokongnya. Tetapi apabila disuruh untuk memberikan DNA nya secara sukarela, ditentangnya habis-habisan. Dikatanya pula Barisan Nasional ada agenda tersendiri dalam komplot menjatuhkannya.

Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang?

Jika Datuk Seri tidak bersalah, kenapa takut untuk berkerjasama dengan pihak mahkamah? Adakah kerana takut segala usaha penipuan, pengkhianatan selama ini akan terbongkar akhirnya?

Takut jika para penyokong tegar Datuk Seri sedar akan perkara sebenarnya? akan perihal perlakuan seks sumbang Datuk Seri?

Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas tertekan akan situasi ini. Pelbagai pihak termasuk pihak dari parti pembangkang juga mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya bagi menyelesaikan segala kemelut di fikiran rakyat.

Buktikanlah kepada kami semua, Buktikan kepada mereka semua yang Datuk Seri benar-benar tidak bersalah.


No comments:

Post a Comment