Saturday, March 26, 2011

Wan Azizah Solat Istikharah ?


Wan Azizah menyatakan kepada Sinar hari ini beliau pernah juga dilamar oleh orang lain selain daripada Anwar Ibrahim. Lalu beliau pun melakukan Sembahyang Istikharah bagi memohon petunjuk. Kemudian beliau mendakwa mendapat mimpi yang menunjukkan banyak poster wajah Anwar Ibrahim seperti Poster Pilihanraya. Lalu beliau pun mengambil keputusan untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai pilihan hidup....


Adui..Wan, Kau dah silap tafsir mimpi ni. Lain kali pergi jumpa Dato HarunDin dulu, tafsir betul-betul baru buat pilihan. Itu mimpi cakap, jauhkan diri dari lelaki ini! Jangan pilih dia! Poster tu semua menunjukkan berapa banyak masalah yang dia bakal buat kepada orang ramai.

Sekarang tengok? macam-macam perangai Anwar bawak balik. Tak cukup dengan kau wan, dia tibainya si Saiful, lepas tu, kes tak settle lagi dia dah tibai pelacur cina. Siap ada video lagi, nak kata apa lagi?

Saya sarankan cuba Wan buat lagi sekali Sembahyang Istikharah tu. Mintak petunjuk, sama ada Anwar terlibat dalam video itu ataupun tidak..

nanti bagitau kat kita ok..

Mana Ayat SAMAN nya ?


Buat Anwar Ibrahim, Kami semua mahu tahu. Adakah Anwar terbabit di dalam Video Seks tersebut? Bukti Video sudah ada di depan mata. Yusry KRU akan dipanggil untuk membantu siasatan. Kenapa tiada komen? Takkan nak pertikaikan kebolehan Yusry pulak? Dia dah terkenal dengan filem menggunakan efek digital masa kini. MerongMahawangsa dah box office.

Sekarang Video Seks Anwar lagi box office!, Kalau Yusry kata video itu tulen macam mana? Takkan Yusry Tipu kot?

Janganlah sogokkan kami ni dengan bukti remeh macam laporan twitter ke..facebook ke..

Tolonglah rasional sikit...ingat kami ni bodoh macam u all ke? Kalau kepala hotak u all semua boleh fikir Video itu mungkin dah kena ubah, takkanlah tak boleh fikir Twitter atau Facebook pun ada orang ubah! Ada orang gantikan Anwar untuk update!...Adoi..bagi alasan alibi macam budak-budak la...tak boleh nak percaya langsung.

Tapi pengikut Anwar boleh percaya...nak buat macam mana..BODOH SENGAL...

Dalam Harakah, Anwar kata, " Jangan benarkan isu liwat mengheret kita jauh daripada isu pokok Buku Jingga kerana ia akan merugikan kita ".

Adoi..dah terdesak betul Anwar ni. Dah tak ada modal nak lawan fakta lagi. Alibi pun tak boleh pakai. Tunggu je lah Anwar, manalah tau Pak Nik Aziz yang maksum tu boleh bantu.

Dah berhari-hari isu ini keluar. Tapi ayat Anwar nak Saman tak ada jugak. Pasal apa? Takut? Bacul?

Pasal dia tak nak isu ni masuk mahkamah la..kalau masuk, semua juri boleh tengok video. Nak lari mana lagi...


Thursday, March 24, 2011

Giliran Anwar Dikhianati !


Semakin resah Pak Nuar kita ni. Ke kiri salah, ke kanan salah, ke depan orang tau, ke belakang orang kecoh. Bukan senang untuk Pak Nuar kita ni hidup di Malaysia sekarang. Mungkin hari ini, Pak Nuar baru menyesal dengan segala tindak tanduk dia yang memburukkan Malaysia kepada negara luar.

Sekarang, Liwat lah...Video seks lah...macam-macam benda kotor kita dengar pasal Pak Nuar ni. Macam nak tergelak bila dia digelar Anugerah Tuhan Kepada Malaysia...isk...Malu wooo....

Ahli PR pun dah ramai yang pening dan tak puas hati dengan Pak Nuar ni..ye lah..dia je yang tak payah bertanding apa-apa..tau-tau dah dapat jawatan. Mau tak berangin mamat PR. Terutamanya si Khalid tu la..dengar kata dia dan sekutu-sekutu dia sekarang tengah rancang nak keruhkan lagi keadaan Pak Nuar nya tu.

Keputusan Mahkamah pasal DNA dah keluar. Jelas nampak Mahkamah adil dalam membuat keputusan.

Pak Nuar buat aduan polis? eh kata tak percaya polis lagi? kata polis semua tak boleh pakai? kata polis pencacai kerajaan? Apa cerita ni Pak Nuar? tak nak mintak tolong kat FBI pulak ke?

Banyak peristiwa kini yang kembali menghantui Pak Nuar. Banyak pernyataan dia selama ini datang kembali memakan dirinya sendiri.

Mana lagi nak lari Pak Nuar? Tunggu je lah 18 April ni ye..

Saya Tak Mau Tengok Video ! : Wan Azizah


Demi kebenaran, segala bukti, fakta harus diteliti bagi menentukan sesuatu kesalahan. Ini kerana takut tersalah menghukum orang yang tidak bersalah.

Mr Trio Bertiga dah pun ajak Wan pergi tengok sekali video panas di mana suaminya menjadi pelakon utama. Bukan niat nak ajak tengok video lucah, layan sama-sama. Cuma nak mendapatkan kepastian daripada Wan, samaada dalam video tu Anwar ataupun tidak. Itu sahaja. Kalau dok kalut sangat pun, takpe..semua tu boleh diaturkan..

Kita ajak sekali Muslimah Pas ke Muslimah Keadilan ke join sekali, letak dalam satu bilik, semua perempuan..ha lepas tu tengok dan pastikan. Kita bukan buat fitnah, kita nak pastikan..itu pasal kita jemput Wan..

Kalau nak fitnah, buat apa susah payah nak jemput Wan..kalau benar pun kita mampu superimpose video tu dengan teknologi canggih, takkan lah kita tak mampu nak buat lebih dari itu..

Jadi, kita jemput lah Wan sama, untuk dapat kepastian. Lepas tengok kita tau lah samaada video tu palsu atau tidak kan...senang cerita...

Ataupun sebab utama Wan tak nak tengok video itu ialah pasal Wan sendiri tau memang Anwar yang punya angkara?? Ha ! Kantoi !!

Wan Azizah Simpan Jam Tangan OMEGA ?


Heboh satu Malaysia mengenai Video Seks Anwar dengan Pelacur Cina. Banyak peristiwa yang diperjelaskan oleh Mr Trio Bertiga dalam membuktikan kesasihan berita tersebut. Penemuan CCTV di dalam bilik hotel menjadi bukti kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam video terbabit.

Salah satu perkara yang menarik ialah Jam Tangan Omega. Eskay menyatakan jam tangan tersebut telah dicuri pelacur tersebut, tetapi Eskay berjaya mendapatkannya semula.

Manakala Anwar Ibrahim mengatakan Eskay berbohong. Jam Tangan Omega itu ada pada Wan Azizah, dia yang menyimpannya.

Eskay pula menyatakan dia telah menyerahkan jam tangan itu kepada pihak polis. Tetapi Wan Azizah tetap tidak dapat membuktikan bahawa jam tangan itu ada pada simpanannya. Rasanya bukanlah satu perkara yang sukar untuk Wan Azizah tampil dan menunjukkan jam tangan tersebut.

Kenapa agaknya dia tidak berbuat demikian?

Ini kerana bagi jam tangan yang semahal OMEGA, ianya mempunyai nombor sirinya yang tersendiri. Umpama cap jari yang berbeza bagi setiap manusia. Melalui nombor siri ini, kesasihan jam tangan itu adalah milik Anwar dapat dibuktikan. Ini bermakna melalui nombor siri jam tersebut, kita dapat ketahui siapa pemilik sebenar, dan bila jam tangan tersebut dibeli?

Ini yang memeningkan kepala Anwar dan Wan Azizah. Jika nak beli jam tangan baru, sudah tentu perihal bila jam tangan dibeli akan dipersoalkan. Jika nak cari jam tangan orang lain, perihal tuan punya jam juga akan dipersoalkan.

Tuesday, March 22, 2011

Taktik Raih Undi Simpati


Ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu Anwar Ibrahim. Kes Video Seksnya bakal membantu dia untuk menjalankan perang putar alamnya terhadap rakyat di Sarawak. Dun Sarawak yang telah dibubarkan, kini hanya menanti tarikh penamaan calon dan tarikh untuk pilihan raya.

Jentera-jentera pembangkang memang tengah sibuk merancang cara nak mendapat sokongan rakyat di Sarawak. Setelah kegagalan mereka dalam memperbaiki taraf hidup penduduk di sana, kini mereka sedang mencari cara untuk rakyat membenci kerajaan.

Kenapa kes video ini berlaku semasa Dun Sarawak dibubarkan? adakah ini juga salah satu taktik mainan Anwar dan para pengikutnya. Adakah pakatan rakyat dalang dalam perkara ini?

Rakyat di Sarawak kini lebih bijak dalam memilih wakil mereka. Walaupun banyak fitnah yang telah dihamburkan oleh pihak pembangkang mengenai Tan Sri Taib, tetapi rakyat Sarawak lebih mengenali Tan Sri Taib, seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah membelakangkan rakyat Sarawak, sentiasa sedia membantu mereka dalam segala masalah.

Pihak pembangkang sememangnya takut dengan imej bersih tanpa politik kotor Tan Sri Taib. Maka pelbagai fitnah dilemparkan oleh mereka malah juga dibantu oleh pejuang-pejuang PAS dalam merencanakan fitnah-fitnah tersebut.

Saya mengharapkan agar rakyat Sarawak tidak terperdaya dengan taktik licik Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Diharapkan agar Rakyat Sarawak tetap bersama Barisan Nasional. Bersama-sama kita tolak Pakatan Rakyat !!

Monday, March 21, 2011

Kalau Benar Fitnah, Takut Apa Lagi ??


Anwar kata ini semua mainan politik kotor BN ketika hendak menghadapi pilihan raya. Katanya BN nak sekat kemaraan Pakatan Rakyat. Nak alih isu kononnya..

Anwar kan terkenal dengan kehebatannya dalam perjuangan hak rakyat. Ini dah dikira sebagai haknya untuk bertindak jika benar-benar ianya fitnah BN.


Jangan tunggu lagi. Jangan la sibuk menyelak burit...eh silap...menyalak bukit...Buktikanlah diri kamu yang berani itu bahawa semuanya fitnah belaka.

Bawa benda ini ke mahkamah ! Saman Fitnah ! biar kita selesaikan semuanya ketika perbicaraan...

Saman lah berjuta-berjuta !

Takkan takut kot...takut video tu nanti dipaparkan kepada umum? Pasal apa takut?

PASAL DAH MEMANG DIA DALAM VIDEO TU..

KALAU TAK DAH LAMA DIA SAMAN !!!

Wan Azizah : Saya Bangga dengan kehebatan Suami Saya di Ranjang !!!


Penulis amat kagum dengan ketokohan ketua pembangkang yang amat terkenal ini. Kisah mengenai kehidupan ranjang beliau dijaja serata Malaysia.

Bukan setakat kehebatan beliau dalam menakluki segala lobang yang ada tak kira jantina, Malah kini kita dapat lihat MR Y juga bukan saja tak kira jantina, malah tak kira lah mana je nak buat, janji lepas. Bukan sekali! tapi 2 kali woooo ! Power Tu !

Tak dapat kat hotel, kat tangga pun jadilah. Dengan tersebarnya video terlampau Mr Y ini, dapat dirasakan ketika ini beliau semakin menggelabah.

- Kes serah DNA
- Dah lah Wan Azizah mintak cerai time-time nak PRU13 dah hampir ni.
- Sekarang Video terlampau dia pun dah terkeluar.

Masalah ni Mr Y.. mana lagi nak sembunyi. Difahamkan Malaysiakini cuba juga menghubungi Mr Y untuk mendapat penjelasan tetapi telefon MR Y tak berjawab.

Aik..biasanya orang yang buat salah ni memang tak nak angkat telefon...

Sekarang hanya tunggu keputusan MR Y sama ada ingin meletak jawatan atau video tersebut akan disebarkan kepada rakyat!. Sebagai sebuah negara demokrasi, Rakyat mempunyai hak untuk tahu mengenai kesasihan video tersebut.

Friday, March 18, 2011

Karpal Dan Anwar dah tahu siapa Mr Y?


Permasalahan perolehan DNA Anwar Ibrahim secara tidak sah tetap tidak menyangkal bahawa perbandingan DNA Anwar dan DNA yang didapati daripada Saiful tetap "Match !". Hasil laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong tetap menyatakan Kedua-dua DNA adalah serasi. Namun yang dipertikaikan pihak mahkamah hanyalah cara mendapatkan DNA tersebut.

Anwar Ibrahim tetap Mr Y. Tetapi dengan kuasa akal putar belitnya, beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain seperti isu Atlantuya dan Isu Rogol Pembantu Rumah.

Malah Hakim Datuk Zabidin juga telah mengarahkan agar salinan laporan kimia Dr Seah Lay Hong tersebut diberikan kepada peguambela Anwar Ibrahim.

Logiklah sikit, kalau u all di tempat Anwar apa u all buat bila dah dapat salinan tu?

Terus hantar pergi makmal DNA dan buat perbandingan sendiri kan? Itu juga yang Anwar dan peguamnya buat. Bila dah dapat kepastian, barulah menggelabah nak beri DNA. Masa tu lah segala teori konspirasi kerajaan keluar...Alasan tak nak beri DNA lah katakan...

Thursday, March 17, 2011

Anwar Takut Dengan Doktor Dalam Rumah ?


Al kisah, melihat daripada reaksi Anwar Ibrahim sepanjang minggu ini dapat penulis lihat ketakutan dan kerisauan jelas terpancar di riak wajahnya. Kadang-kadang penulis nampak Anwar Ibrahim mengerut dahi serius memikirkan sesuatu sambil termenung.

Dengan Demonstrasi dan Buku tulisan Tun Mahathir "A Doctor In The House" yang memberi impak besar kepada rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim sedang cuba sedaya upaya dengan akal putar belitnya untuk mencari jalan agar dapat mengalihkan perhatian rakyat daripada kes DNA nya.

Sekarang timbullah kisah Atlantuya...Dato Seri Rais Yatim..Datin Seri Rosmah. Di tanya pula kenapa tidak diambil DNA mereka ketika kes Atlantuya serta kes rogol pembantu rumah indonesia.

Ini dah macam budak sekolah...bila guru disiplin nak hukum pasal kantoi hisap rokok, dia boleh kata, budak lain pun merokok..kenapa tak hukum sekali !

Sekarang ini pasal kes liwat kau la Anwar, jangan lah cuba lari tajuk. Mahkamah ada hak nak minta DNA tu. Jangan lah gelabah deee....kalau tak bersalah....bila dah gelabah, nampak sangat kau tu salah...

Demonstrasi Motif Politik Kerajaan ?


Ada saja alasan si Juburi ni. Bila mintak DNA secara sah macam-macam alasan diberi. Ye la..orang bersalah...takut la..

Kali ini katanya ada konspirasi dari pihak kerajaan dalam Demonstrasi Jalanan terhadap dirinya. Rakyat telah membuat demonstrasi menuntut si juburi ini untuk menyerahkan DNA dia. Bila rakyat bersuara, gelabah pula dia jadinya.

Ditanya pula kenapa tidak minta DNA Datuk Seri Najib ketika kes Atlantuya, Tidak minta DNA Rais yatim dalam kes rogol pembantu rumah indonesia. Ini semua taktik dia lah nak alih perhatian rakyat. Biasa la Anwar..gilakan perhatian...

Masalahnya Si Saiful tu dah kata Anwar yang liwat, dah tu ada pulak air mani Mr Y yang harus dikenal pasti. Jadi sebagai tertuduh, kenalah bagi..kalau tak bukan DNA dia, maka terlepaskan tuduhan ke atasnya.

Ini tidak, macam-macam alasan diberi. Orang kalau dah bersalah memang akan menggelabah macam si juburi ni...

Kesian la pulak aku tengok...

Tuesday, March 15, 2011

Rupanya Namewee Pengikut Al Juburi


Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee ini telah pun membuat satu lagi kontroversi mengenai video klip dimana kali ini dia menghina Azan agama Islam.

Berikut merupakan terjemahan video tersebut

"Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orang hendak memesan mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula! "

Kali ini, video klip tersebut telah menimbulkan kemarahan orang melayu di seluruh Malaysia. Banyak pihak yang mendesak agar Namewee dikenakan tindakan termasuk tahanan ISA. Justeru itu banyak pihak yang mula menyelidik akan latar belakang Namewee ini berikutan tindakan tidak bertanggung jawabnya itu.

Maka salah seorang rakan yang pernah menjadi rakan sekuliah Namewee ketika di Ming Chuan University pun menghubungi penulis. Setelah hampir 3 jam berjumpa di sebuah restoran di bangsar maka barulah penulis sedar mengapa tiada sebarang tindakan ataupun teguran yang dilakukan oleh parti pembangkang.

Rupa-rupanya Namewee ini adalah peminat setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah dia juga telah pun mendaftar sebagai salah seorang ahli Parti Pakatan Rakyat. Pada mata Namewee, Anwar Ibrahim adalah seperti idolanya Fung Hu-Hshiang yang kononnya situasi Fung juga seperti Anwar Ibrahim.

Fung Hu-Hsiang telah disabitkan kesalahan merogol pembantu rumahnya serta ahli keluarganya. Fung mendakwa kerajaan Taiwan telah memfitnahnya bagi kepentingan politik mereka. Di sinilah Namewee melihat Anwar Ibrahim sebagai idolanya.

Namun begitu tidak bermakna tindakan Namewee dalam menghina Azan patut kita ketepikan. Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab. Agama Islam adalah suci. Azan solat adalah suci. Sebagai rakyat yang beragama Islam kita harus mempertahankan kesucian agama kita.

Tidak kira sama ada kita berpihak dengan Kerajaan ataupun pihak pembangkang. Namewee harus dikenakan hukuman yang setimpal !

Konspirasi BN ? Itu Hanya Alasan...


Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Al Juburi berkata kepada Sinar Harian hari ini bahawa desakan demi desakan yang diterimanya agar menyerahkan DNA nya secara sah adalah satu konspirasi Barisan Nasional untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Al Juburi ini juga berkata, "Saya telah jelaskan dari awal kerja fitnah dan khianat dan ini mainan mereka dan akhirnya terpaksa gantung dubur orang untuk mempertahankan kuasa politik mereka."

Apabila kes mereka mengenai penolakan barang bukti DNA di mahkamah telah diterima, tiada pula sebarang komen mengenai konspirasi ini. Keputusan diterima dengan gembira oleh Datuk Seri serta Peguamnya dan juga seluruh penyokong-penyokongnya. Tetapi apabila disuruh untuk memberikan DNA nya secara sukarela, ditentangnya habis-habisan. Dikatanya pula Barisan Nasional ada agenda tersendiri dalam komplot menjatuhkannya.

Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang?

Jika Datuk Seri tidak bersalah, kenapa takut untuk berkerjasama dengan pihak mahkamah? Adakah kerana takut segala usaha penipuan, pengkhianatan selama ini akan terbongkar akhirnya?

Takut jika para penyokong tegar Datuk Seri sedar akan perkara sebenarnya? akan perihal perlakuan seks sumbang Datuk Seri?

Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas tertekan akan situasi ini. Pelbagai pihak termasuk pihak dari parti pembangkang juga mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya bagi menyelesaikan segala kemelut di fikiran rakyat.

Buktikanlah kepada kami semua, Buktikan kepada mereka semua yang Datuk Seri benar-benar tidak bersalah.


Thursday, March 10, 2011

From Tun Mahathir : True Story About Anwar Ibrahim


1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa.

2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada 62 bab. Bab pertama mengenai kemasukan Anwar ke dalam UMNO, dan yang kedua –yang paling ditunggu-tunggu, mengenai pemecatan Anwar dan pembabitan bekas timbalan perdana menteri itu dalam aktiviti seks luar tabii. Tulis Dr Mahathir, dalam bab ke 53 bertajuk ‘Anwar’s Challenge’ beliau pertama kali dimaklumkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berhubung dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual.

3. Kemudian, pada 1997, beliau menerima surat dari perempuan bernama Ummi Hafilda Ali, yang kata Dr Mahathir “Isinya menganggu saya kerana lebih spesifik dan lengkap mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar’. Pun begitu, kata Dr Mahathir, tuduhan itu seperti tidak masuk akal, jika dakwaan membabitkan Anwar mempunyai ‘hubungan’ dengan perempuan, “Saya tidak begitu terkejut, tetapi bagaimana orang yang kelihatan alim ini berkemungkinan terlibat dengan aktiviti homoseksual?” Pada mulanya, Dr Mahathir tidak mengambil serius surat Ummi, tetapi sebulan kemudian, Ummi hantar lagi satu surat, yang memaklumkan beliau menarik semua tuduhannya sebelum ini.

4. “Saya hairan kenapa dia nafi apa yang dia kata sebelum ini,” tulis Dr Mahathir. Beliau hanya memandang kes tersebut secara serius apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai peyiasat ( ketika itu) Tan Sri Musa Hassan menunjukkan bukti “termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat. Saya sedar saya tidak boleh mengabaikan maklumat ini” Kata Dr Mahathir, beliau mahu bertemu dengan saksi dan bercakap sendiri dengan mereka secara peribadi.

5. “Saya bertemu mereka secara persendirian, di rumah rasmi saya di Sri Perdana, saya beritahu mereka bahawa perbualan ini adalah sulit dan saya hanya mahu mendengar cerita mereka untuk diri saya sendiri,”katanya. Antara yang beliau temui Azizan Abu Bakar, iaitu bekas pemandu isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Polis beritahu Azizan banyak kali diliwat Anwar. Saya tanya Azizan mengenai dakwaan tersebut, dan sudah tentulah beliau takut kerana Anwar merupakan timbalan perdana menteri.

6. “Ketika perjumpaan itu, Azizan gementar dan tidak selesa. Azizan menceritakan pada saya secara teliti bila kali pertama kejadian itu berlaku. Dia kata dia takut sebab Anwar begitu berpengaruh, dan boleh menyebabkan banyak masalah kepadanya, sebab itulah kata dia tidak melawan,”. “Saya tahu betapa susah untuk ingat tarikh dan waktu sebenar bila ia berlaku, jadi saya tidak beri perhatian kepada perkara-perkara tersebut. Tapi pertemuan itu cukup untuk menyakinkan saya bahawa dia (Azizan) bercakap benar.

7. “Dalam mahkamah, tarikh dan masa sebenar kejadian adalah perkara penting, dan mencukupi untuk mensabit atau menbebaskan seseorang, tapi saya ragu sekalipun hakim atau peguam dapat mengingati secara tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu. “Ada orang simpan diari, tetapi tidak ada siapapun yang rekod semua yang dilakukannya setiap hari,” kata beliau. Dr Mahathir berkata beliau juga menyoal empat wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan ‘seseorang yang berpengaruh”.

8. Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla. “Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills (Bukit Tunku). Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri. “Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

9. “Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,” tulis Dr Mahathir. Mengenai dakwaan beliau melakukan konspirasi politik, kata Dr Mahathir, “Bagaimana orang boleh mempercayai ini (teori konspirasi), kalau hendak berkonspirasi melawan Anwar, saya perlu menggunakan polis, Peguam negara dan pendakwaraya, saksi-saksi, hakim, pakar makmal forensic, dan ramai lagi sebagai rakan subahat saya” “Sudah pasti, seseorang dari yang ramai itu membocorkan perkara yang kami rancangkan kepada umum.

10. Tetapi tidak ada siapa yang muncul dan mendakwa bahawa saya memaksa beliau untuk menipu bagi menyokong dakwaan saya (terhadap Anwar). Dr Mahathir turut memuatkan sebahagian dari penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Dalam penghakiman tersebut hakim-hakim membuat kesimpulan bahawa aktiviti homoseksual berlaku tetapi kerana masalah teknikal maka kes tersebut digugurkan.

11. Kata Dr Mahathir, biasanya beliau seorang yang pemaaf dan biasa memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah ‘lawan’ beliau secara politik. “Bahkan seorang dari mereka saya namakan sebagaikan penganti selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tapi saya susah untuk memafkan Anwar kerana merosakkan nama baik saya di mata dunia,” katanya. Beliau menutup bab tersebut dengan menulis bahawa Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini, tetapi perkara itu tidak berlaku kerana tindakannya sendiri. “Pilihan yang saya ada hanyalah memecat beliau dan saya lakukan apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini. Saya mungkin buat banyak silap, tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan sama sekali,”katanya.


Ini ke jenis orang yang nak jadi PM kita??


Apa dalam Malaysia ni dah teruk sangat ke, takde calon lain yang sesuai jadi Perdana Menteri daripada Si hentam 2 alam sekaligus ni?

Nampak sangat betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk mendapat kepercayaan pengundi sehingga terpaksa menggunakan populariti Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian. Ye lah..di mata jahil mereka, siapa lagi yang kononnya berkarisma dan layak untuk jadi PM kalau tak bekas Timbalan Perdana Menteri ni..

Tuan Guru Hadi ?
Lim Kit Siang?
Lim Guan Eng?
Karpal Singh?
Tuan Guru Nik Aziz?

Lihat balik calon terkenal di atas...tengok betul-betul...

1. Nak ke DAP bagi Hadi jadi PM? - Dengan usaha untuk mewujudkan negara islam dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Lesen Judi terpaksa diharamkan jika betul-betul nak ikut Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

2. Nak ke PAS bagi Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang jadi PM? - Tengok apa jadi kat Pulau Pinang sudah..Bagaimana rakyat melayu dilayan seperti melayu Singapura. For Sure lesen judi akan dikeluarkan lebih banyak daripada sekarang. Dan apa PAS dah gila ke nak biar Orang Bukan Melayu @ Islam jadi PM?

3. Tuan Guru Nik Aziz jadi PM? Biar betul...pengundi melayu sendiri dah mula was was dengan keadaan stabiliti dia ni. Dengan mudah keluarkan fatwa sesat, bila ditegur boleh pulak tanya kita bila masa dia cakap? Dengan keadaan tak stabil macam ni...mana boleh jadi PM..

4. Si Karpal Singh?? Kalau dia ni la yang para pengundi mahukan jadi PM, saya sendiri dah tak tahu apa nak cakap...

Jadi siapa yang tinggal? siapa yang berkebolehan? siapa lagi yang popular?

Ha ! Ini dia ! Si pemain barisan belakang, dan berkebolehan bermain apa jua posisi. Malah berupaya melawan sehingga 4 orang sekaligus ! Memang power...ini mesti berkat doa-doa pemimpin PAS, sampai begitu hebat tenaganya!

Eh..Tuan Guru Nik Aziz paling sayang si Al Juburi ni..tak percaya? sila lihat Nik Aziz : Anwar Paling Layak Jadi PM

Anwar Ibrahim Al Juburi juga dikenali sebagai pengkhianat bangsa, sanggup menjual Negara demi kepentingan diri. Siapa tak kenal ANWAR IBRAHIM. Calon utama pengundi Pakatan Rakyat. Baru dua hari lepas kisah mengenai dia cuba melanggan sehingga 4 orang gadis sekaligus! Hari ini beliau cuba melarikan perhatian pengundi tegar Pakatan Rakyat dengan angan-angannya untuk menawan Putrajaya.

"Mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri, Keluar dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan yakin dengan Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya!" katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sama juga ketika beliau cuba membuat onak dengan angan-angannya mengenai 16 September. Ha Siapa boleh lupa tarikh tu. Para penyokong tegar Pakatan Rakyat paling ingat tarikh itu. Tarikh dimana Anwar Ibrahim ditabalkan menjadi Perdana Menteri...Habis satu dunia kena tipu dengan Si Al Juburi ni...yang lain pergi percaya siapa suruh? Segala benda nak percaya...kena sokong sikit dengan fatwa entah apa entah..terus percaya bulat-bulat!.



Tapi kini rakyat Malaysia lebih mengetahui, lebih bijak dalam memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan, kesejahteraan untuk negara. Dengan masyarakat majmuk yang aman damai, Barisan Nasional telah membuktikan keberkesanan dalam meneraju negara sehingga kini.

Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Barisan Nasional !!

Tuesday, March 8, 2011

A Doctor In The House - Tun Mahathir



Teruja penulis apabila dapat bertemu Tun Mahathir semalam ketika pelancaran buku terbaru tulisan beliau " A Doctor In The House " yang diadakan di Mid Valley.

Diantara isu menarik yang dikupas di dalam penulisan tersebut ialah
Kontroversi Kelakuan Seks Sumbang ANWAR IBRAHIM. Dimana Tun Sendiri telah mengadakan pertemuan dengan 4 orang gadis yang terlibat di dalam skandal seks sumbang tersebut.

Difahamkan gadis-gadis tersebut telah dibawa berjumpa seorang tokoh politik yang mereka kenali sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu ANWAR IBRAHIM oleh seorang lelaki india dipanggil NALLA, yang mana penulis anggarkan ianya Datuk K.S Nallakarupan.


Di sana mereka berempat telah diarahkan untuk membuka pakaian masing-masing bertujuan untuk mengadakan seks, dimana hanya dua daripada mereka yang sanggup. Namun ketika temuramah dijalankan, mereka tidak mahu menjadi saksi di mahkamah, tetapi tiada masalah jika ingin membuat laporan polis.

Sebagai tindakan susulan TUN Mahathir sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah memanggil ketua-ketua UMNO termasuk Menteri-Menteri Besar, dan Ketua Menteri ke Sri Perdana untuk memaklumkan perihal perlakuan seks songsang Anwar Ibrahim serta gambar-gambar saksi kejadian itu.

Apa yang memeranjatkan ialah jawapan daripada Anwar Ibrahim sendiri ketika diminta memberikan alasan perbuatan tersebut. Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan luar biasa. Dimana katanya semua termasuk ahli Majlis Tertinggi juga melakukan perkara yang sama.

Ini jelas menunjukkan Anwar Ibrahim tidak "menidakkan" pertuduhan tersebut. Ini boleh dianggap sebagai pengakuan di hadapan mereka yang hadir ketika itu.

Tun Mahathir menulis lagi, dimana pertama kali beliau dimaklumkan mengenai perlakuan homoseksual Anwar Ibrahim adalah pada awal tahun 1990 oleh Ketua Polis Tun Hanif Omar.

Pihak polis terus memerhatikan aktiviti Anwar Ibrahim. Tun juga menerangkan walaupun beliau boleh mengarahkan pihak polis untuk berhenti menyiasat, beliau tidak rasa pihak polis akan berhenti setakat itu sahaja.

Dengan adanya buku terbaru Tun Mahathir, A Doctor In The House, Kini mana lagi ANWAR IBRAHIM nak sembunyi, nak berpura-pura dengan para penyokongnya? Para pengikut taksubnya selama ini akan lebih mengetahui kisah selanjutnya mengenai skandal seks songsang tersebut. Banyak perkara-perkara baru yang akan mereka ketahui. Anwar Ibrahim akan jadi tak senang duduk lepas ni.





Filem Sila Pandang Belakang - Lakonan PAS, DAP, KEADILAN !


Kekalahan berturut-turut Parti Pakatan Rakyat baru-baru ini, jelas menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sandiwara mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang telah lama menerajui negara ini dalam keadaan politik parti yang aman, damai dan bersatu padu.

Pakatan Rakyat hanya mampu berlakon di hadapan rakyat, lakonan untuk menunjukkan perpaduan mereka boleh menggugat Barisan Nasional. Sedangkan hakikatnya, ketiga-tiga parti ini masih tidak dapat bersatu, tidak serasi diantara satu sama lain. Ketiga tiga parti ini mempunyai agenda masing-masing.

Malah dapat dilihat mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada seorang pelakon, pengarah, pelawak yang terkenal bagi membantu mereka dalam mengajar mereka akan ilmu lakonan yang berkesan.

Penulis hairan..Bagaimana yang dikatakan bersatu jika ketika pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau, Si pemain barisan belakang "Anwar Ibrahim" tidak disenangi mereka ketika beliau turun padang untuk berkempen bersama-sama mereka. Malah ada yang menasihatkan agar Anwar Ibrahim balik sahaja, dan jangan berkempen di Kerdau dan Merlimau. Jelas kelihatan ketakutan mereka akan kehilangan undi daripada bangsa melayu.

Bukan itu sahaja. Untuk parti Pakatan Rakyat, adalah menghairankan sehingga kini tiada bendera rasmi digunakan bagi melambangkan perpaduan ketiga-tiga parti ini. Ketika kempen berlangsung, bendera PAS, DAP dan Keadilan digunakan. Rasanya itu sudah dikira pembaziran. Apalah salahnya jika mereka dapat keluarkan satu bendera yang mewakili perpaduan mereka.

Mungkin ini adalah perkara remeh bagi mereka, tetapi jika perkara sekecil ini pun mereka tidak dapat mencapai kata sepakat, inikan pula isu-isu yang lebih besar?