Saturday, June 18, 2011

Peluru Simpanan Untuk Anwar !


Nampaknya strategi Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan tengkuknya semakin membuahkan hasil. Pelbagai usaha licik yang dirancang oleh Anwar bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Liwat dan Video Seksnya.

Kini negara sedang sibuk dengan Perhimpunan Haram Bersih yang sememangnya tidak dinafikan Anwar Ibrahim juga merupakan salah seorang dalang yang merancang perhimpunan ini. Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim? seorang mastermind dalam segala rencana bagi membantu pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Segala perancangan dilakukan secara senyap, tersembunyi, dan perlaksanaan akan dijalankan oleh patung-patung pilihan Anwar Ibrahim. Pihak pembangkang sedar bahawa Anwar Ibrahim merupakan satu aset bagi mereka. Bagi DAP, Anwar diperlukan bagi memecahkan undi orang melayu. Bagi PKR dan PAS, Anwar Ibrahim diperlukan kerana beliau dilihat sebagai pencetus emosi bagi golongan muda yang layak mengundi. Maka tidak hairanlah jika pihak pembangkang sanggup memperhambakan diri mereka, memperbodohkan diri, mengubah pendirian mereka demi mendapat sokongan Anwar Ibrahim.

Jelas dengan isu perubahan pucuk pimpinan PAS yang terdiri dari puak erdogan Anwar Ibrahim, serta isu Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini, kini kita dapat perhatikan kepanasan isu Liwat dan Video Seks Anwar Ibrahim semakin hari semakin sejuk.

Namun Anwar Ibrahim tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan kini. Beliau harus sedar, perumpamaan, "Save The Best For Last" bakal menghantui dirinya. Jika beliau rasa segala video telah dibongkar maka beliau silap. Jika beliau rasa tiada lagi pendedahan tentang keburukan dirinya, maka beliau silap. Masih ada lagi peluru-peluru besar yang disimpan dan ianya akan digunakan pada masa yang sesuai...

Apa yang dapat dipastikan melalui satu sumber, Datuk Eskay banyak menyimpan gambar-gambar perbuatan tidak senonoh Anwar Ibrahim. Adakah ini bermakna kelak bakal ada lagi pendedahan yang mengejutkan rakyat?

Kita Tunggu Dan Lihat. Akan Tiba Masanya Untuk Rakyat Sedar Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim !



Saturday, June 11, 2011

Bantulah Rakyat, Bukannya Membebankan Mereka..



PARTI KEADILAN RAKYAT kini telah mengarahkan agar barisan pemimpin mereka untuk turun padang bersama-sama rakyat. Kini pemimpin-pemimpin tersebut boleh mengeratkan siratullrahim diantara sesama mereka demi kepentingan bersama.

Sudah menjadi tugas seorang pemimpin untuk mendengar segala keluhan rakyat, kemudian bertindak untuk membantu rakyat meringankan beban yang dipikul mereka.

Tapi apa yang terjadi adalah berlainan sama sekali. Nampaknya kini Parti Keadilan Rakyat kini sedang berusaha untuk bertungkus lumus turun berjumpa rakyat hanya untuk menyusahkan mereka lagi, dan bukannya untuk membantu!

PKR mengarahkan ahli DUN dan Ahli Parlimen mereka untuk meminta bantuan sumbangan kewangan daripada rakyat bertujuan untuk menampung perbelanjaan pilihan raya mereka pada PRU ke 13 nanti. Ahli DUN dan Parlimen PKR diarah untuk mengumpulkan sumbangan sehingga RM2 Juta bagi tujuan tersebut.

Apakah balasan yang diterima oleh rakyat jika mereka memberi sumbangan?

PKR hanya akan memberi satu sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Presiden PKR Wan Azizah, Azmin Ali dan Datin Tan Yee Kew kepada mereka yang memberi sumbangan.

Hebat sekali PKR! Tahniah para penyokong PKR!

Seharusnya rakyat dibantu dan bukannya dibebankan dengan masalah dalaman parti PKR sendiri. Mengapa rakyat yang perlu dijadikan mangsa? mengapa tidak dikumpulkan sahaja daripada Menteri Besar Selangor sendiri? Bagi dia, RM2 Juta tidak akan membawa kesan langsung!

Adakah ini jenis sebuah parti pemerintah yang diinginkan rakyat? Duit rakyat dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti Majlis-majlis sambutan ulang tahun yang memakan belanja sehingga RM300,000! Hutang negeri semakin bertambah! Duit hasil tinggalan Kerajaan terdahulu habis digunakan tanpa diketahui dimana ianya digunakan.

Dimana dana yang diberikan oleh IMF kepada PKR? Habis digunakan untuk menjamu para pemimpin lain dengan amoi cina?

Rakyat Selangor harus menolak Parti Keadilan Rakyat pada PRU ke 13 nanti. Ternyata PKR tidak mampu untuk menjaga kepentingan, kebajikan dan kemajuan rakyat Selangor.

Barisan Nasional Untuk Rakyat !

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Di Utamakan

Saturday, June 4, 2011

Independent Power Producers (IPP) : Anwar Yang Luluskan Waktu Jadi Menteri Kewangan


Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkan menyalahkan kerajaan apabila bercakap tentang isu subsidi kepada IPP (Independent Power Producers). Mengikut senarai IPP dalam Suruhanjaya Tenaga, terdapat 14 IPP yang diluluskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Apakah Anwar Ibrahim kini sedang menghentam tindakan tindakan silap yang dilakukannya dulu dalam kerajaan? Anwar menjadi Menteri Kewangan pada 1991 dan menjadi TPM pada tahun 1993. Projek IPP yang pertama adalah pada 7 April 1993.



Berikut adalah video pendedahan tentang isu IPP. Anwar kini mencaci, menghentam dan mengkritik dasar yang dibuatnya sendiri dulu.

Friday, June 3, 2011

Penzina Dah Jadi Naib Presiden, Peliwat Nak Jadi PM




Maka seronoklah para penyokong Mohd Sabu apabila beliau telah berjaya menjawat jawatan Naib Presiden PAS. Bersoraklah para penyokong beliau di Facebook dan Twitter di atas kejayaan Mohd Sabu menguasai PAS.

Bagi para Ulama PAS yang sudah penat berhempas pulas menaikkan nama parti PAS, mereka kini terpaksa akur dengan kehendak seluruh wakil perwakilan yang mahukan perubahan di dalam Parti PAS. Puak Erdogan yang juga merupakan puak Pro Anwar kini jelas telah berjaya menguasai PAS.

Anwar Ibrahim ternyata bijak dalam mengatur strategi untuk menggunakan PAS sebagai benteng pertahanannya. Kini Anwar Ibrahim tidak perlu lagi takut kerana sudah pasti Pucuk pimpinan PAS akan tetap mempertahankannya walau apa jua tuduhan yang dihadapinya.

Kini segalanya mungkin di dalam PAS, Jika Penzina sudah boleh diangkat menjadi Naib Presiden, adalah tidak menghairankan jika si Peliwat mereka jadikan idola.

Ironinya, dahulu si Penzina yang memberi gelaran Al Juburi kepada si Peliwat. Tetapi kini mereka bakal menjadi sahabat karib dalam memastikan rakyat akan terus dipermainkan taktik kotor politik mereka.

PAS melaungkan "PAS ganti UMNO" tetapi kini laungan itu memakan diri mereka sendiri. Selamat tinggal Kepimpinan Ulama !

Menangis lah Nik Aziz melihat tiada lagi kepimpinan Ulama dalam PAS...

Wednesday, June 1, 2011

Helah Lama Anwar Kini Kembali !


Hari itu Si Anwar dah takut sampai menggigil bila nampak Sejuta Belia datang ke Putrajaya demi memberi sokongan mereka kepada program yang dianjurkan kerajaan Barisan Nasional. Mungkin dia dah sedar bahawa para belia dah mulai percaya bahawa Anwar Ibrahim memang seorang penipu yang hebat, lalu para belia ini sudah tidak kisah apa nak jadi dengan Anwar Ibrahim pada masa akan datang.

Biarlah mahkamah yang tentukan untung rugi nasib si Al Juburi ini. Peluang untuk dia membela diri sudah terbuka luas. Akan tiba masanya segalanya akan terbongkar!

Namun begitu, Anwar Ibrahim bukan sahaja terkenal sebagai penipu, dia juga dikenali dengan kelicikannya dalam menyelamatkan diri dalam apa jua situasi. Kini setelah dipanggil untuk membela diri di mahkamah, Anwar dan para peguambelanya sedang rancak mengatur strategi licik bagi menyelamatkan tengkuk si Anwar. Maka kita akan dapat melihat kembali segala strategi lama Anwar dalam masa terdekat ini.

Dikhabarkan, Anwar dan peguamnya sedang berusaha untuk mengusulkan agar Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah disingkirkan daripada kes perbicaraan Liwat 2 si Anwar ini. Kononnya mereka mempertikaikan kewibawaan Hakim Zabidin bagi menjalankan perbicaraan tersebut.

Anwar...anwar.. Tak habis-habis nak mengelak! Apa yang pasti, perkara ini akan menjadikan tempoh perbicaraan akan dipanjangkan, dan boleh kita lihat, waktu tibanya pembelaan daripada peguam Anwar masih jauh lagi. Anwar dan peguamnya pasti akan mencari jalan untuk memanjangkan tempoh perbicaraan ini berlangsung. Mungkin 1 tahun? mungkin 2 tahun?

Pelik sungguh, kenapa perlu bersusah payah untuk menangguhkan perbicaraan ini. Kenapa Anwar seperti takut untuk membela dirinya dalam isu liwat ini?

Biasa kita dengar, hanya yang bersalah sahaja akan ketakutan! Berani kerana Benar !

Sunday, May 29, 2011

Anwar Menggigil Lihat Perhimpunan Sejuta Belia Dapat Sambutan !


Himpunan Sejuta Belia yang telah diadakah pada 27hb dan 28hb Mei 2011 di Putrajaya lalu jelas menggusarkan banyak pihak terutamanya pihak pembangkang. Amat membanggakan apabila dilihat sambutan yang diterima daripada golongan Belia amat menggalakkan. Sasaran 1 Juta Belia telah dapat dicapai dengan mudahnya.

Penyertaan golongan Belia di dalam program-program yang telah diadakan pihak kerajaan dan juga NGO pada perhimpunan tersebut boleh dilihat sebagai pengukur kepada sokongan belia kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Namun, bagi pihak pembangkang, ini merupakan satu ancaman besar kepada mereka. Ini dapat dilihat daripada kenyataan-kenyataan mereka di akhbar, blog-blog malah di ceramah-ceramah mereka, dimana mereka mempersoalkan usaha murni kerajaan tersebut. Jelas dapat kita lihat reaksi mereka hanya menunjukkan sifat cemburu dan irihati mereka kerana gagal untuk meraih sokongan daripada belia-belia di seluruh negara.

Anwar Ibrahim mendakwa Perhimpunan Sejuta Belia itu jelas menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin gusar dengan kebangkitan pihak pembangkang yang mungkin akan mengambil alih Puterajaya.


Hakikatnya, Anwar Ibrahim yang gentar apabila melihat jumlah Belia yang hadir! Kini Anwar sedar betapa golongan Belia masih menyokong kempimpinan Kerajaan Barisan Nasional, dan segala usaha beliau untuk memburukkan kerajaan hanya akan memakan dirinya sendiri.

Golongan Belia adalah golongan yang cerdik pandai. Mereka ini adalah generasi IT. Mereka dapat membezakan yang mana pemimpin dan yang mana penipu. Isu panas Anwar Ibrahim sememangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan golongan Belia dapat membezakan yang mana tulen dan yang mana palsu.

Tiada sebab bagi mereka untuk mempercayai Anwar Ibrahim lagi dan tiada faedahnya. Lebih baik jika masa terluang mereka dihabiskan dengan membuat aktiviti riadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Apa gunanya mereka sibuk dengan kehidupan peribadi seorang penipu? apa faedahnya yang akan mereka dapat daripada perbuatan tersebut?

Wednesday, May 25, 2011

Anwar Memang Berani ! Saman Datuk Seri Hishamuddin


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya.

Hebat!, Amat berani Anwar Ibrahim memfailkan saman balas terhadap Datuk Seri Hishamuddin. Inilah tindakan yang harus diambil Anwar bagi membersihkan namanya. Jika benar tidak bersalah, maka tiada apa yang perlu ditakutkan.

Kini hanya menunggu Anwar untuk memfailkan saman terhadap Datuk Eskay demi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Eh, bukan ke sepatutnya Anwar saman Datuk Eskay dulu. Dah terang-terang Datuk Eskay mengaku dia yang siarkan video, malah sanggup bersumpah bahawa beliau yang bertanggungjawab di atas tuduhan tersebut.

Tapi kenapa Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi sasaran?

Macam ada yang tak kena je? macam tak betul je tindakan ini...

Para penyokong Anwar tak nampak lagi ke? Ke buat-buat tak nampak?