Saturday, June 18, 2011

Peluru Simpanan Untuk Anwar !


Nampaknya strategi Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan tengkuknya semakin membuahkan hasil. Pelbagai usaha licik yang dirancang oleh Anwar bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Liwat dan Video Seksnya.

Kini negara sedang sibuk dengan Perhimpunan Haram Bersih yang sememangnya tidak dinafikan Anwar Ibrahim juga merupakan salah seorang dalang yang merancang perhimpunan ini. Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim? seorang mastermind dalam segala rencana bagi membantu pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Segala perancangan dilakukan secara senyap, tersembunyi, dan perlaksanaan akan dijalankan oleh patung-patung pilihan Anwar Ibrahim. Pihak pembangkang sedar bahawa Anwar Ibrahim merupakan satu aset bagi mereka. Bagi DAP, Anwar diperlukan bagi memecahkan undi orang melayu. Bagi PKR dan PAS, Anwar Ibrahim diperlukan kerana beliau dilihat sebagai pencetus emosi bagi golongan muda yang layak mengundi. Maka tidak hairanlah jika pihak pembangkang sanggup memperhambakan diri mereka, memperbodohkan diri, mengubah pendirian mereka demi mendapat sokongan Anwar Ibrahim.

Jelas dengan isu perubahan pucuk pimpinan PAS yang terdiri dari puak erdogan Anwar Ibrahim, serta isu Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini, kini kita dapat perhatikan kepanasan isu Liwat dan Video Seks Anwar Ibrahim semakin hari semakin sejuk.

Namun Anwar Ibrahim tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan kini. Beliau harus sedar, perumpamaan, "Save The Best For Last" bakal menghantui dirinya. Jika beliau rasa segala video telah dibongkar maka beliau silap. Jika beliau rasa tiada lagi pendedahan tentang keburukan dirinya, maka beliau silap. Masih ada lagi peluru-peluru besar yang disimpan dan ianya akan digunakan pada masa yang sesuai...

Apa yang dapat dipastikan melalui satu sumber, Datuk Eskay banyak menyimpan gambar-gambar perbuatan tidak senonoh Anwar Ibrahim. Adakah ini bermakna kelak bakal ada lagi pendedahan yang mengejutkan rakyat?

Kita Tunggu Dan Lihat. Akan Tiba Masanya Untuk Rakyat Sedar Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim !



No comments:

Post a Comment