Wednesday, June 1, 2011
Helah Lama Anwar Kini Kembali !
Hari itu Si Anwar dah takut sampai menggigil bila nampak Sejuta Belia datang ke Putrajaya demi memberi sokongan mereka kepada program yang dianjurkan kerajaan Barisan Nasional. Mungkin dia dah sedar bahawa para belia dah mulai percaya bahawa Anwar Ibrahim memang seorang penipu yang hebat, lalu para belia ini sudah tidak kisah apa nak jadi dengan Anwar Ibrahim pada masa akan datang.
Biarlah mahkamah yang tentukan untung rugi nasib si Al Juburi ini. Peluang untuk dia membela diri sudah terbuka luas. Akan tiba masanya segalanya akan terbongkar!
Namun begitu, Anwar Ibrahim bukan sahaja terkenal sebagai penipu, dia juga dikenali dengan kelicikannya dalam menyelamatkan diri dalam apa jua situasi. Kini setelah dipanggil untuk membela diri di mahkamah, Anwar dan para peguambelanya sedang rancak mengatur strategi licik bagi menyelamatkan tengkuk si Anwar. Maka kita akan dapat melihat kembali segala strategi lama Anwar dalam masa terdekat ini.
Dikhabarkan, Anwar dan peguamnya sedang berusaha untuk mengusulkan agar Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah disingkirkan daripada kes perbicaraan Liwat 2 si Anwar ini. Kononnya mereka mempertikaikan kewibawaan Hakim Zabidin bagi menjalankan perbicaraan tersebut.
Anwar...anwar.. Tak habis-habis nak mengelak! Apa yang pasti, perkara ini akan menjadikan tempoh perbicaraan akan dipanjangkan, dan boleh kita lihat, waktu tibanya pembelaan daripada peguam Anwar masih jauh lagi. Anwar dan peguamnya pasti akan mencari jalan untuk memanjangkan tempoh perbicaraan ini berlangsung. Mungkin 1 tahun? mungkin 2 tahun?
Pelik sungguh, kenapa perlu bersusah payah untuk menangguhkan perbicaraan ini. Kenapa Anwar seperti takut untuk membela dirinya dalam isu liwat ini?
Biasa kita dengar, hanya yang bersalah sahaja akan ketakutan! Berani kerana Benar !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment