Sunday, May 29, 2011

Anwar Menggigil Lihat Perhimpunan Sejuta Belia Dapat Sambutan !


Himpunan Sejuta Belia yang telah diadakah pada 27hb dan 28hb Mei 2011 di Putrajaya lalu jelas menggusarkan banyak pihak terutamanya pihak pembangkang. Amat membanggakan apabila dilihat sambutan yang diterima daripada golongan Belia amat menggalakkan. Sasaran 1 Juta Belia telah dapat dicapai dengan mudahnya.

Penyertaan golongan Belia di dalam program-program yang telah diadakan pihak kerajaan dan juga NGO pada perhimpunan tersebut boleh dilihat sebagai pengukur kepada sokongan belia kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Namun, bagi pihak pembangkang, ini merupakan satu ancaman besar kepada mereka. Ini dapat dilihat daripada kenyataan-kenyataan mereka di akhbar, blog-blog malah di ceramah-ceramah mereka, dimana mereka mempersoalkan usaha murni kerajaan tersebut. Jelas dapat kita lihat reaksi mereka hanya menunjukkan sifat cemburu dan irihati mereka kerana gagal untuk meraih sokongan daripada belia-belia di seluruh negara.

Anwar Ibrahim mendakwa Perhimpunan Sejuta Belia itu jelas menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin gusar dengan kebangkitan pihak pembangkang yang mungkin akan mengambil alih Puterajaya.


Hakikatnya, Anwar Ibrahim yang gentar apabila melihat jumlah Belia yang hadir! Kini Anwar sedar betapa golongan Belia masih menyokong kempimpinan Kerajaan Barisan Nasional, dan segala usaha beliau untuk memburukkan kerajaan hanya akan memakan dirinya sendiri.

Golongan Belia adalah golongan yang cerdik pandai. Mereka ini adalah generasi IT. Mereka dapat membezakan yang mana pemimpin dan yang mana penipu. Isu panas Anwar Ibrahim sememangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan golongan Belia dapat membezakan yang mana tulen dan yang mana palsu.

Tiada sebab bagi mereka untuk mempercayai Anwar Ibrahim lagi dan tiada faedahnya. Lebih baik jika masa terluang mereka dihabiskan dengan membuat aktiviti riadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Apa gunanya mereka sibuk dengan kehidupan peribadi seorang penipu? apa faedahnya yang akan mereka dapat daripada perbuatan tersebut?

1 comment:

  1. Anonymous12 June, 2011

    ni..perhimpunan umno..bukan perhimpunan sejuta belia..salah bg nama..

    ReplyDelete