Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tujuan debat tersebut kononnya bagi memberi kesedaran kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim sememangnya difitnah dan tidak bersalah.
Persoalan yang harus kita tanyakan kepada mereka :
1. Mengapa Perlu Berdebat untuk membuktikan Anwar Tidak Bersalah?
Kini Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang besar untuk membuktikan kebenaran dirinya. Mahkamah telah mengarahkan agar beliau dan peguamnya membela diri di mahkamah di atas kes Liwat Bekas Pembantu Anwar Ibrahim, Saiful. Jelas dapat kita lihat, tiada perlunya sebarang perdebatan diadakan. Cukuplah sekadar berdebat di Mahkamah di mana ianya dilihat lebih bersesuaian dan mengikut landasan undang-undang.
2. Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak?
Pelik apabila Perdana Menteri yang diajak berdebat. Kononnya Datuk Seri Najib yang mereka fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Mengapa tidak sahaja dipanggil Saiful ataupun Datuk Eskay untuk berdebat? Mereka ini yang tampil mendakwa Anwar Ibrahim telah melakukan perlakuan sumbang jadi adalah suatu perkara yang logik jika mereka yang dipanggil untuk berdebat. Jika tujuannya ingin membuktikan kebenaran, maka merekalah yang harus dipanggil untuk berdebat.
3. Bagaimana hendak menentukan yang benar dan salah?
Jika berdebat diadakan sekalipun, adakah akan muncul sebarang bukti bagi membuktikan Anwar Ibrahim tidak bersalah? Adakah Anwar atau Wan Azizah akan mengemukakan Jam Tangan Omega? Adakah Wan Azizah dapat menunjukkan bukti yang tidak diragui mengenai alibi Anwar Ibrahim? Adakah Nurul Izzah dapat membuktikan bahawa Ayahnya ada bersama mereka pada hari kejadian dan bukan pergi mesyuarat seperti yang dikatakan Wan Azizah?
Mana satu yang benar? Wan Azizah kata mesyuarat, Nurul Izzah kata ada bersama mereka di rumah?
Jika hanya menawarkan setakat air liur sahaja daripada Anwar, baik lupakan sahaja. Jangan dianjurkan apa-apa perdebatan sekalipun. Hanya membuang masa rakyat. Tiada sebarang jalan penyelesaian. Lebih baik berdebat di Mahkamah, tunjukkan bukti-bukti yang ada. Kemudian tunggu keputusan juri. Itulah yang sebaik-baiknya.

No comments:
Post a Comment