Wednesday, May 25, 2011

Anwar Memang Berani ! Saman Datuk Seri Hishamuddin


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya.

Hebat!, Amat berani Anwar Ibrahim memfailkan saman balas terhadap Datuk Seri Hishamuddin. Inilah tindakan yang harus diambil Anwar bagi membersihkan namanya. Jika benar tidak bersalah, maka tiada apa yang perlu ditakutkan.

Kini hanya menunggu Anwar untuk memfailkan saman terhadap Datuk Eskay demi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Eh, bukan ke sepatutnya Anwar saman Datuk Eskay dulu. Dah terang-terang Datuk Eskay mengaku dia yang siarkan video, malah sanggup bersumpah bahawa beliau yang bertanggungjawab di atas tuduhan tersebut.

Tapi kenapa Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi sasaran?

Macam ada yang tak kena je? macam tak betul je tindakan ini...

Para penyokong Anwar tak nampak lagi ke? Ke buat-buat tak nampak?

No comments:

Post a Comment