Anwar Ibrahim Pengkhianat Negara !
Anwar Ibrahim Penggadai Negara !
Namun, tahukah kita semua dari mana gelaran itu diberikan? Atas sebab apakah gelaran itu diberi?
Sebagai pejuang-pejuang Kerajaan Barisan Nasional, kita seharusnya mendedahkan perkara ini kepada generasi-generasi muda hari ini. Merekalah yang bakal menentukan hala tuju Barisan Nasional ketika PRU13 nanti. Maka adalah penting untuk mereka tahu, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim !
KEMEROSOTAN EKONOMI
Krisis Ekonomi yang melanda dunia Asia pada tahun 1997-1998 telah menjadikan negara-negara di serantau Asia kucar-kacir. Malaysia juga merupakan salah satu negara tersebut. Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu dilihat telah gagal dalam membantu menangani krisis ekonomi di Malaysia.
Ketika inilah nama IMF dikenali rakyat Malaysia. IMF merupakan satu agensi kewangan yang dikuasai oleh Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada. Pada ketika krisis kewangan melanda dunia Asia, IMF telah tampil untuk memberi bantuan kewangan kepada Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Matlamat utama IMF ialah untuk membantu negara-negara yang mengalami krisis kewangan dan penurunan nilai mata wang secara mengejut. Walaupun demikian, sejak penubuhan IMF pada 1945, jarang sekali negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka.
PERLANTIKAN IMF
Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai “Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Beliau cuba menggunakan kaedah IMF bagi menangani masalah krisis ekonomi Malaysia. Namun Tun Mahathir yang pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia, tidak menyetujui kaedah tersebut kerana beliau beranggapan ianya bakal merosakkan ekonomi negara Malaysia dengan lebih teruk lagi.
Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
Greece adalah salah satu negara yang meminta bantuan IMF berikutan krisis ekonominya. Kini akibat daripada tidak mampu untuk menjelaskan hutang mereka dengan IMF, Greece telah menjual pulau-pulau mereka untuk membayar hutang terbabit. Malah turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi paling popular di Greece.
Inilah perkara yang ingin dielakkan oleh Tun Mahathir. Peranan Anwar Ibrahim bersama IMF boleh merugikan negara justeru bakal menggadai negara dalam jangka masa yang panjang.
Menurut sejarah, Anwar dilantik menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.
KEMEROSOTAN EKONOMI 1993
Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.
Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP. Seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema “IMF tanpa IMF”.
“Pada mulanya, Dr. Mahathir membenarkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk melaksanakan kaedah peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF’ “, kata Billington.
“Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim”, katanya lagi.
Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF menyelar langkah Malaysia yang dianggar mundur terkebelakang kerana menolak bantuan IMF dan memperkenalkan langkah mengikat ringgit dengan dolar Amerika pada kadar RM3.80.
Namun setelah Camdessus digugurkan dari IMF dengan diganti oleh Pengarah Urusan baru, Dr. Horst Koehler, beliau memuji langkah yang pernah diperkenalkan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997.
Koehler yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 berkata: “Mahathir betul… prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.”
No comments:
Post a Comment