Sunday, May 29, 2011

Anwar Menggigil Lihat Perhimpunan Sejuta Belia Dapat Sambutan !


Himpunan Sejuta Belia yang telah diadakah pada 27hb dan 28hb Mei 2011 di Putrajaya lalu jelas menggusarkan banyak pihak terutamanya pihak pembangkang. Amat membanggakan apabila dilihat sambutan yang diterima daripada golongan Belia amat menggalakkan. Sasaran 1 Juta Belia telah dapat dicapai dengan mudahnya.

Penyertaan golongan Belia di dalam program-program yang telah diadakan pihak kerajaan dan juga NGO pada perhimpunan tersebut boleh dilihat sebagai pengukur kepada sokongan belia kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Namun, bagi pihak pembangkang, ini merupakan satu ancaman besar kepada mereka. Ini dapat dilihat daripada kenyataan-kenyataan mereka di akhbar, blog-blog malah di ceramah-ceramah mereka, dimana mereka mempersoalkan usaha murni kerajaan tersebut. Jelas dapat kita lihat reaksi mereka hanya menunjukkan sifat cemburu dan irihati mereka kerana gagal untuk meraih sokongan daripada belia-belia di seluruh negara.

Anwar Ibrahim mendakwa Perhimpunan Sejuta Belia itu jelas menunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin gusar dengan kebangkitan pihak pembangkang yang mungkin akan mengambil alih Puterajaya.


Hakikatnya, Anwar Ibrahim yang gentar apabila melihat jumlah Belia yang hadir! Kini Anwar sedar betapa golongan Belia masih menyokong kempimpinan Kerajaan Barisan Nasional, dan segala usaha beliau untuk memburukkan kerajaan hanya akan memakan dirinya sendiri.

Golongan Belia adalah golongan yang cerdik pandai. Mereka ini adalah generasi IT. Mereka dapat membezakan yang mana pemimpin dan yang mana penipu. Isu panas Anwar Ibrahim sememangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia, dan golongan Belia dapat membezakan yang mana tulen dan yang mana palsu.

Tiada sebab bagi mereka untuk mempercayai Anwar Ibrahim lagi dan tiada faedahnya. Lebih baik jika masa terluang mereka dihabiskan dengan membuat aktiviti riadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Apa gunanya mereka sibuk dengan kehidupan peribadi seorang penipu? apa faedahnya yang akan mereka dapat daripada perbuatan tersebut?

Wednesday, May 25, 2011

Anwar Memang Berani ! Saman Datuk Seri Hishamuddin


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya.

Hebat!, Amat berani Anwar Ibrahim memfailkan saman balas terhadap Datuk Seri Hishamuddin. Inilah tindakan yang harus diambil Anwar bagi membersihkan namanya. Jika benar tidak bersalah, maka tiada apa yang perlu ditakutkan.

Kini hanya menunggu Anwar untuk memfailkan saman terhadap Datuk Eskay demi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Eh, bukan ke sepatutnya Anwar saman Datuk Eskay dulu. Dah terang-terang Datuk Eskay mengaku dia yang siarkan video, malah sanggup bersumpah bahawa beliau yang bertanggungjawab di atas tuduhan tersebut.

Tapi kenapa Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi sasaran?

Macam ada yang tak kena je? macam tak betul je tindakan ini...

Para penyokong Anwar tak nampak lagi ke? Ke buat-buat tak nampak?

Tuesday, May 24, 2011

Kita Lihat Wajah Sebenar Anwar Ibrahim

Rakyat ada hak untuk mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Kita saksikan Video Wajah Sebenar Anwar Ibrahim. Amat Menarik.


Sunday, May 22, 2011

Mengapa Anwar Digelar Pengkhianat Negara ?



Dah banyak kali kita dengar, penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional selalu melaungkan

Anwar Ibrahim Pengkhianat Negara !
Anwar Ibrahim Penggadai Negara !

Namun, tahukah kita semua dari mana gelaran itu diberikan? Atas sebab apakah gelaran itu diberi?

Sebagai pejuang-pejuang Kerajaan Barisan Nasional, kita seharusnya mendedahkan perkara ini kepada generasi-generasi muda hari ini. Merekalah yang bakal menentukan hala tuju Barisan Nasional ketika PRU13 nanti. Maka adalah penting untuk mereka tahu, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim !

KEMEROSOTAN EKONOMI

Krisis Ekonomi yang melanda dunia Asia pada tahun 1997-1998 telah menjadikan negara-negara di serantau Asia kucar-kacir. Malaysia juga merupakan salah satu negara tersebut. Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu dilihat telah gagal dalam membantu menangani krisis ekonomi di Malaysia.

Ketika inilah nama IMF dikenali rakyat Malaysia. IMF merupakan satu agensi kewangan yang dikuasai oleh Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada. Pada ketika krisis kewangan melanda dunia Asia, IMF telah tampil untuk memberi bantuan kewangan kepada Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Matlamat utama IMF ialah untuk membantu negara-negara yang mengalami krisis kewangan dan penurunan nilai mata wang secara mengejut. Walaupun demikian, sejak penubuhan IMF pada 1945, jarang sekali negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka.


PERLANTIKAN IMF

Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai “Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank” semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Beliau cuba menggunakan kaedah IMF bagi menangani masalah krisis ekonomi Malaysia. Namun Tun Mahathir yang pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia, tidak menyetujui kaedah tersebut kerana beliau beranggapan ianya bakal merosakkan ekonomi negara Malaysia dengan lebih teruk lagi.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Greece adalah salah satu negara yang meminta bantuan IMF berikutan krisis ekonominya. Kini akibat daripada tidak mampu untuk menjelaskan hutang mereka dengan IMF, Greece telah menjual pulau-pulau mereka untuk membayar hutang terbabit. Malah turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi paling popular di Greece.

Inilah perkara yang ingin dielakkan oleh Tun Mahathir. Peranan Anwar Ibrahim bersama IMF boleh merugikan negara justeru bakal menggadai negara dalam jangka masa yang panjang.

Menurut sejarah, Anwar dilantik menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.


KEMEROSOTAN EKONOMI 1993

Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.

Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP. Seperti yang diperkatakan oleh Tun Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema “IMF tanpa IMF”.

“Pada mulanya, Dr. Mahathir membenarkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk melaksanakan kaedah peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF’ “, kata Billington.

“Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim”, katanya lagi.

Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF menyelar langkah Malaysia yang dianggar mundur terkebelakang kerana menolak bantuan IMF dan memperkenalkan langkah mengikat ringgit dengan dolar Amerika pada kadar RM3.80.

Namun setelah Camdessus digugurkan dari IMF dengan diganti oleh Pengarah Urusan baru, Dr. Horst Koehler, beliau memuji langkah yang pernah diperkenalkan Malaysia dalam menangani krisis ekonomi 1997.

Koehler yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 berkata: “Mahathir betul… prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.”

Friday, May 20, 2011

AMK Hanya Hebat Menyalak ! Lari Apabila Dicabar !




Sepanjang minggu ini, AMK sibuk menyatakan hasrat mereka untuk berkumpul di hadapan bangunan Utusan Malaysia untuk membuat satu demonstrasi bantahan terhadap suratkhabar melayu itu. Bukan calang-calang lagi kenyataan yang mereka buat demi menunjukkan bahawa mereka berani dan tidak gentar untuk menyuarakan bantahan mereka.

Pemuda UMNO, dan PERKASA yang ternyata ingin mempertahankan Utusan Malaysia menyahut cabaran AMK dan turun ke Pejabat Utusan Malaysia hari ini demi menghadapi Demonstrasi Terbesar dakwaan AMK.

Namun apa yang memalukan, kelibat kumpulan AMK tidak langsung kelihatan. Mereka seolah-olah gentar dengan semangat yang dipertunjukkan oleh Pemuda UMNO dan PERKASA. Jika sebelum ini, mereka dengan lantangnya melaungkan AMK tidak akan takut dengan Pemuda UMNO dan PERKASA, namun tindakan mereka pada hari ini jelas menunjukkan AMK hanya Jaguh Menyalak tetapi apabila berdepan dengan cabaran sebenar, AMK hanya tahu lari lintang pukang ibarat anak anjing yang ketakutan.

AMK memberikan alasan, mereka menyertai perhimpunan LYNAS atas arahan pihak atasan PKR, namun tindakan "Last Minute" ini hanya menunjukkan mereka sebenarnya gentar dan takut untuk berdepan dengan Pembela Bangsa Melayu yang sebenar.

AMK jelas mendapat ajaran dan tunjuk ajar daripada ketua mereka Anwar Ibrahim dalam kehebatan memberikan Alasan semata-mata. Tiada langsung keberanian atau semangat berjuang daripada ahli AMK. Bagaimana AMK ingin mempertahankan bangsa Melayu? jika tiada jiwa yang berani dan tidak gentar dengan cabaran?

Tuesday, May 17, 2011

AMK Cabar PM Berdebat ? Tindakan Terdesak PR


Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tujuan debat tersebut kononnya bagi memberi kesedaran kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim sememangnya difitnah dan tidak bersalah.

Persoalan yang harus kita tanyakan kepada mereka :

1. Mengapa Perlu Berdebat untuk membuktikan Anwar Tidak Bersalah?

Kini Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang besar untuk membuktikan kebenaran dirinya. Mahkamah telah mengarahkan agar beliau dan peguamnya membela diri di mahkamah di atas kes Liwat Bekas Pembantu Anwar Ibrahim, Saiful. Jelas dapat kita lihat, tiada perlunya sebarang perdebatan diadakan. Cukuplah sekadar berdebat di Mahkamah di mana ianya dilihat lebih bersesuaian dan mengikut landasan undang-undang.

2. Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak?

Pelik apabila Perdana Menteri yang diajak berdebat. Kononnya Datuk Seri Najib yang mereka fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Mengapa tidak sahaja dipanggil Saiful ataupun Datuk Eskay untuk berdebat? Mereka ini yang tampil mendakwa Anwar Ibrahim telah melakukan perlakuan sumbang jadi adalah suatu perkara yang logik jika mereka yang dipanggil untuk berdebat. Jika tujuannya ingin membuktikan kebenaran, maka merekalah yang harus dipanggil untuk berdebat.

3. Bagaimana hendak menentukan yang benar dan salah?


Jika berdebat diadakan sekalipun, adakah akan muncul sebarang bukti bagi membuktikan Anwar Ibrahim tidak bersalah? Adakah Anwar atau Wan Azizah akan mengemukakan Jam Tangan Omega? Adakah Wan Azizah dapat menunjukkan bukti yang tidak diragui mengenai alibi Anwar Ibrahim? Adakah Nurul Izzah dapat membuktikan bahawa Ayahnya ada bersama mereka pada hari kejadian dan bukan pergi mesyuarat seperti yang dikatakan Wan Azizah?

Mana satu yang benar? Wan Azizah kata mesyuarat, Nurul Izzah kata ada bersama mereka di rumah?

Jika hanya menawarkan setakat air liur sahaja daripada Anwar, baik lupakan sahaja. Jangan dianjurkan apa-apa perdebatan sekalipun. Hanya membuang masa rakyat. Tiada sebarang jalan penyelesaian. Lebih baik berdebat di Mahkamah, tunjukkan bukti-bukti yang ada. Kemudian tunggu keputusan juri. Itulah yang sebaik-baiknya.

Sunday, May 15, 2011

Anwar Dipanggil Membela Diri Kes Liwat 2 !


Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi ini telah mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Hakim menegaskan saksi utama mempunyai kredibiliti termasuk bukti yang dikemukakan tidak meragukan.

Sebutan semula bagi pihak pembelaan ditetapkan pada 6 hingga 30 Jun depan.

Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lalu. Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Tuduhan itu dikemukakan mengikut Sksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini adalah tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar. Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Friday, May 13, 2011

Ulama Dah Kata..Jilat Kaki Saya Boleh Masuk Syurga !



Bagi penyokong PAS, semestinya Anwar Ibrahim sudah bertaraf Wali ! taraf lebih daripada Ulama Nik Aziz!

Jika dulu rakyat dikejutkan dengan Ayah Pin, dimana pengikutnya taksub sehingga sanggup minum air rendaman kaki Ayah Pin, kononnya boleh ke syurga! Sekarang? Nik Aziz pula membuat kenyataan, umat Islam harus jilat kaki Anwar Ibrahim, baru boleh masuk syurga!

Ayah Nik ini dah semakin merapu. Memang dah nyanyuk. Semakin banyak fatwa-fatwa songsang dikeluarkan Ayah Nik untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz menyatakan umat Islam di Malaysia telah banyak membuat dosa apabila mereka yakin Anwar Ibrahim terlibat di dalam isu Liwat dan isu Video Seks. Maka umat Islam harus menjilat Kaki Anwar Ibrahim jika mahu diterima ke Syurga!

Mungkin Nik Aziz ini penjaga pintu neraka dan syurga, sehingga mempunyai kuasa untuk menentukan syurga dan neraka seseorang. Hebat betul Ulama PAS ni.

Anwar Ibrahim pun lagilah naik kepala! Ulama Tersohor, Terhebat, Ternyanyuk ada di belakang dia. Jangan timbul pula isu Nik Aziz layan Anwar pula lepas ini...

Saturday, May 7, 2011

Anwar Penyokong Kuat Kristian ?


Salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat didakwa sedang menjalankan usaha untuk menjadikan Kristian sebagai Agama Rasmi di negara kita, malah mereka juga ingin melantik Perdana Menteri Malaysia daripada golongan yang beragama Kristian. Usaha ini telah berjaya didedahkan oleh Utusan Malaysia yang mendapat sumber daripada blog pro pembangkang itu sendiri.

Apakah tindakan Pakatan Rakyat dalam hal ini? Bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh terlepas pandang perkara yang sensitif sebegini? atau adakah dia sudah tahu mengenainya tetapi buat-buat tidak nampak?

Adakah Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan PR yang lain menyetujui usaha laknat ini? Bagaimana dengan Nik Aziz? Hadi Awang? adakah mereka juga sedar akan perkara ini?

Atau adakah DAP melakukan usaha tersebut secara senyap-senyap di belakang mereka?

Pakatan Rakyat harus menjaga parti komponen mereka. Jangan bersikap sambil lewa dalam menangani masalah sentimen rakyat. Jika Pakatan Rakyat tidak mampu hendak berbuat apa-apa, biar UMNO sahaja yang bertindak !

Sunday, May 1, 2011

Masih Tak Percaya Lagi? Jom Tengok HD Version Pulak !



Nampaknya Ramai lagi yang meragui Anwar terlibat dalam video seks ketua pembangkang yang sudah complete disiarkan di Internet. Banyak hujah-hujah tidak logik daripada pihak penyokong Anwar dalam mempertikaikan kesasihan dan ketulenan video tersebut.

Nampaknya ramai betul pakar video dalam puak pembangkang. Sehinggakan pakar daripada Korea sendiri tidak dapat mencari kecacatan di sebarang video itu yang boleh menjadikan ianya video tidak tulen.

Mari kita lihat versi video yang telah di "Convert" untuk menjadikan imej video lebih jelas daripada apa yang kita sudah lihat.