Hayat Video yang dipaparkan di internet tak sampai satu hari. Dah kena remove. Tapi tak apa, saya sempat download video tu.
Yang menjadi perhatian saya, kenapa hanya 2 minit sahaja yang ditayangkan? mana yang lain?
Sungguh bijak siapa yang punya angkara ini. Jika saya yang memiliki video itu pun akan buat benda yang sama.
Kenapa?
Kerana, inilah peluang untuk kita melihat reaksi daripada Anwar Ibrahim sendiri. Kita dengar apa dia nak cakap, kita dengar alasan dia, kita dengar alibi buatannya itu. Bila dah keluar kenyataan, baru kita keluarkan video part 2.
Rasanya itu yang buat Anwar dan Keluarganya takut untuk bertindak. Jika benar tidak bersalah, pasti Anwar dah saman 3T kan ?
No comments:
Post a Comment