Sunday, April 24, 2011

Anwar dan PAS tidak lagi Relevan ?


Kes liwat Anwar akan disambung perbicaraan hari ini. Sama ada beliau akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan bakal terjawab pagi ini. Penulis menjangkakan Anwar bakal dipanggil untuk membela diri ,kerana terlalu banyak bukti kukuh yang berjaya dikaitkan oleh pendakwa raya.

Dua kes Anwar, Pertama Kes Liwat Saiful dan satu lagi Kes Video Panas Anwar dirakamkan bersama China Doll berusia 26 tahun yang dikatakan lebih muda daripada anak sulungnya. 2 isu berbeza tapi persamaannya adalah masaalah moral ,Tetapi seperti biasa penyokong kuat Anwar baik dari PKR mahu pun PAS tetap akan memberikan sokongan yang kuat kepada beliau.Ini kerana mereka berpendapat adalah tidak menjadi isu jika Anwar mahu menghentam jantan atau betina.Itu adalah hak peribadi Anwar.

Yang penting asas memperjuangkan hak rakyat dijadikan intipati utama buat pakatan rakyat.Saranan sebegini adalah hasil dari penghayatan atas kenyataan daripada ketua AMK Syamsul Iskandar yang menyatakan adalah tidak apa jika Anwar melakukan aktiviti seks asalkan beliau tidak culas dalam menjadi pemimpin pembangkang.

Ada pemimpin pakatan yang sudah sepakat untuk tidak mahu terus menyokong Anwar. Malah isu Mustapha Ali yang menyatakan PAS akan menyemak semula sokongan mereka terhadap Anwar jelas telah merisaukan Anwar dan PKR.
Dapat dilihat Mustapha kini sedang cuba mendapatkan semula sokongan penyokong PAS yang semakin berkurangan akibat daripada pendirian PAS itu sendiri yang dilihat tidak tegas dalam isu moral Anwar Ibrahim. Jelas perjuangan PAS kini semakin tergelincir daripada landasan utama mereka iaitu memperjuangkan Agama Islam.

No comments:

Post a Comment