Tuesday, April 26, 2011

Bukti Apa Lagi Yang Anda Mahu ?




Akhirnya Pihak Pendakwa di dalam kes Liwat 2 Anwar Ibrahim telah menamakan beliau sebagai Lelaki Y berikutan penemuan DNA asing di dalam dubur Saiful. Peguam Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah hanya Anwar Ibrahim sahaja yang ditahan di dalam lokap pada 16 July 2008. Perolehan DNA daripada 3 jenis barang yang didapati daripada lokap tersebut adalah berpadanan dengan DNA yang diperolehi daripada dubur Saiful. Yusof juga menegaskan bahawa Dr Seah Lay Hong tidak tahu dari mana sumber DNA tersebut diperolehi. Jelas hanya Anwar Ibrahim yang ditahan ketika itu menunjukkan DNA tersebut hanya milik beliau.

Mengenai kes Video Seks Ketua Pembangkang, rakyat telah melihat dengan mata mereka sendiri melalui youtube, dan ternyata ianya adalah Anwar Ibrahim sendiri. Walaupun para pembangkang cuba menafikannya dengan menuduh ianya satu fitnah, Pihak polis telah mengesahkan ketulenan video terbabit dengan bantuan daripada pakar daripada Korea. Kini hanya menunggu pihak mahkamah sama ada ingin memanggil Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan.

Penafian Anwar Ibrahim, Wan Azizah serta Nurul Izzah mengenai pembabitan Anwar dalam video terbabit cuba dibuktikan dengan isu Jam Tangan Omega. Jam tersebut yang didakwa oleh trio 3T telah hilang sewaktu hari kejadian seks berlaku, namun Wan Azizah menegaskan jam tersebut ada di dalam simpanannya. Namun sehingga hari ini, Wan Azizah gagal untuk menunjukkan jam tangan tersebut kepada umum. Malah Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah melenting dan memaki para wartawan yang bertanyakan tentang kedudukan jam tersebut.

Jika diperhatikan tiada langsung bukti yang dikemukakan oleh pihak Anwar dalam penafian mereka sehingga hari ini. Jika benar Anwar tidak bersalah masakan segala bukti yang ada kini jelas menunjukkan Anwar ternyata terlibat dalam semua isu yang dihadapinya?

Bukti Apa Lagi Yang Anda Mahukan ?

No comments:

Post a Comment