Saturday, April 30, 2011

Wan Azizah : Saya tak perlu tengok. Saya yakin Lillahitaala, Bukan Anwar !


Nampaknya Wan Azizah sudah terbiasa berbohong demi Suaminya. Setelah video penuh tersebar di internet, Wan Azizah masih lagi membuat kenyataan bahawa Suaminya difitnah. Malah Kerajaan yang dituduhnya bertanggungjawab dengan fitnah tersebut.

Sampai bila Wan Azizah mahu menipu dirinya sendiri? Rakyat Malaysia sudah pun melihat video itu. Tiada keraguan lagi bahawa sememangnya Anwar Ibrahim melupakan pelakon utama video seks tersebut. Malah gadis cina tersebut telah pun memberi keterangann kepada pihak polis.

Atas dasar apa Wan Azizah masih ingin menafikan Anwar terlibat? Masih ingin menipu diri dengan isu jam tangan Omega? Malah dengan isu jam tangan tersebut seharusnya Wan Azizah telah mendapat kepastian sama ada Anwar bersalah ataupun tidak!

Siapa lagi yang lebih mengenali Anwar Ibrahim jika tidak isterinya sendiri? Umum sudah tahu Wan Azizah sedar akan penglibatan suaminya dalam kes video seks tersebut. Umum sudah tahu Wan Azizah hanya berbohong demi mempertahankan maruah keluarganya.

Tetapi buat apa berbohong jika rakyat sudah tahu akan kebenarannya?

Friday, April 29, 2011

Penyokong Tak Berotak! Biadap!



Datuk Eskay hari ini telah hadir di Masjid Sentul Kuala Lumpur bertujuan untuk melafazkan Sumpah Laknatnya demi membuktikan kebenaran dirinya yang mendakwa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam Video Seks Ketua Pembangkang.

Apa yang menyedihkan, usaha murni Datuk Eskay telah disabotaj, malah ada cubaan menghalangnya daripada melafazkan sumpah tersebut. Pemuda PKR datang beramai-ramai membuat kecoh di DALAM MASJID itu sendiri!

Tiada Adab ke mereka ini? Tiada Otak?

Sangat pelik melihat gelagat Pemuda PKR ini. Yang ikhlas nak melafazkan sumpah, mereka halang bersungguh-sungguh. Kenapa? Takut apa? Salah ke bersumpah demi kebenaran? Itu adalah hak Datuk Eskay. Siapa kamu untuk menghalangnya?

Kenapa tidak menghalang golongan DAP yang mencemari masjid satu ketika dahulu? kenapa diam sahaja apabila golongan DAP masuk ke dalam masjid malah memberi ceramah?

Dimana logiknya dalam menghalang seorang umat islam melafazkan sumpah demi kebenaran?
Dimana logiknya jika hanya diam kepada ketua yang tidak sanggup membuktikan kebenaran dirinya dengan melafazkan sumpah?

Mengapa melarikan diri? kenapa mengelak?

BUTA adalah gambaran yang tepat bagi penyokong Anwar ini. Masih tidak sedarkah? kenapa segala peluang yang Anwar ada untuk membuktikan kebenarannya tidak digunakan sepenuhnya?

Mana Jam Omega?
Kenapa tolak siasatan diraja?
Mengapa tidak bersumpah sahaja? Takut dimakan sumpah?

Ha Mari Tengok Video Penuh !

Wednesday, April 27, 2011

Video Ke 2 Anwar Kini Di Sini !




Papa Nurul Jahat...Papa Nurul Hebat !


Anugerah Tuhan sedang bersiap sedia untuk memulakan tugas utamanya.


Dikatakan Nurul Izzah tersimpul malu melihat aksi Papa Nakalnya ini.


Wan Azizah tersenyum lebar bangga dengan rakan-rakannya apabila mereka dapat melihat sendiri kehebatan ANUwar !


Inilah pejuang rakyat keadilan yang diagung-agungkan oleh puak pembangkang. Inilah kriteria pemimpin yang mereka mahukan untuk menerajui Malaysia.


Sedarlah wahai pengikut buta. Zaman ANUwar bakal menemui penghujungnya.

Akhbar Fitnah Utama Malaysia ! Haram membeli Suara Keadilan !



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar dimedia massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan SUARA KEADILAN membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Ternyata Suara Keadilan telah melakukan satu pemfitnahan besar terhadap Datuk Dr. Haron Din. Maka mengikut fakta ini jelas yang Haram adalah Suara Keadilan itu sendiri.

Tuesday, April 26, 2011

Bukti Apa Lagi Yang Anda Mahu ?




Akhirnya Pihak Pendakwa di dalam kes Liwat 2 Anwar Ibrahim telah menamakan beliau sebagai Lelaki Y berikutan penemuan DNA asing di dalam dubur Saiful. Peguam Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah hanya Anwar Ibrahim sahaja yang ditahan di dalam lokap pada 16 July 2008. Perolehan DNA daripada 3 jenis barang yang didapati daripada lokap tersebut adalah berpadanan dengan DNA yang diperolehi daripada dubur Saiful. Yusof juga menegaskan bahawa Dr Seah Lay Hong tidak tahu dari mana sumber DNA tersebut diperolehi. Jelas hanya Anwar Ibrahim yang ditahan ketika itu menunjukkan DNA tersebut hanya milik beliau.

Mengenai kes Video Seks Ketua Pembangkang, rakyat telah melihat dengan mata mereka sendiri melalui youtube, dan ternyata ianya adalah Anwar Ibrahim sendiri. Walaupun para pembangkang cuba menafikannya dengan menuduh ianya satu fitnah, Pihak polis telah mengesahkan ketulenan video terbabit dengan bantuan daripada pakar daripada Korea. Kini hanya menunggu pihak mahkamah sama ada ingin memanggil Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan.

Penafian Anwar Ibrahim, Wan Azizah serta Nurul Izzah mengenai pembabitan Anwar dalam video terbabit cuba dibuktikan dengan isu Jam Tangan Omega. Jam tersebut yang didakwa oleh trio 3T telah hilang sewaktu hari kejadian seks berlaku, namun Wan Azizah menegaskan jam tersebut ada di dalam simpanannya. Namun sehingga hari ini, Wan Azizah gagal untuk menunjukkan jam tangan tersebut kepada umum. Malah Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah melenting dan memaki para wartawan yang bertanyakan tentang kedudukan jam tersebut.

Jika diperhatikan tiada langsung bukti yang dikemukakan oleh pihak Anwar dalam penafian mereka sehingga hari ini. Jika benar Anwar tidak bersalah masakan segala bukti yang ada kini jelas menunjukkan Anwar ternyata terlibat dalam semua isu yang dihadapinya?

Bukti Apa Lagi Yang Anda Mahukan ?

Monday, April 25, 2011

16 Mei Tarikh Keramat atau Kiamat untuk Anwar ?


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Mei ini untuk mengumumkan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan demikian di akhir kes pendakwaan hari ini.

Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali “lelaki Y” yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful BukhariAzlan, adalah kepunyaan Anwar.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu beliau, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal Akui, Anwar Liwat Saiful !


Kejadian yang berlaku di dalam mahkamah ternyata menggemparkan semua yang hadir pada sidang bicara 25hb April 2011. Karpal Singh berhujah dengan mengatakan perbuatan liwat diantara Anwar dan Saiful adalah satu kejadian "suka sama suka". Pernyataan itu jelas menunjukkan Karpal Singh sendiri telah mengakui kejadian liwat antara Anwar dan Saiful adalah benar-benar berlaku.

Katanya lagi di dalam hujahnya Saiful tidak pernah menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri dan turut tidak menunjukkan sikap seseorang yang telah diliwat secara paksa. Ini menunjukkan perlakuan liwat adalah dilakukan secara suka sama suka.




Sunday, April 24, 2011

Anwar dan PAS tidak lagi Relevan ?


Kes liwat Anwar akan disambung perbicaraan hari ini. Sama ada beliau akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan bakal terjawab pagi ini. Penulis menjangkakan Anwar bakal dipanggil untuk membela diri ,kerana terlalu banyak bukti kukuh yang berjaya dikaitkan oleh pendakwa raya.

Dua kes Anwar, Pertama Kes Liwat Saiful dan satu lagi Kes Video Panas Anwar dirakamkan bersama China Doll berusia 26 tahun yang dikatakan lebih muda daripada anak sulungnya. 2 isu berbeza tapi persamaannya adalah masaalah moral ,Tetapi seperti biasa penyokong kuat Anwar baik dari PKR mahu pun PAS tetap akan memberikan sokongan yang kuat kepada beliau.Ini kerana mereka berpendapat adalah tidak menjadi isu jika Anwar mahu menghentam jantan atau betina.Itu adalah hak peribadi Anwar.

Yang penting asas memperjuangkan hak rakyat dijadikan intipati utama buat pakatan rakyat.Saranan sebegini adalah hasil dari penghayatan atas kenyataan daripada ketua AMK Syamsul Iskandar yang menyatakan adalah tidak apa jika Anwar melakukan aktiviti seks asalkan beliau tidak culas dalam menjadi pemimpin pembangkang.

Ada pemimpin pakatan yang sudah sepakat untuk tidak mahu terus menyokong Anwar. Malah isu Mustapha Ali yang menyatakan PAS akan menyemak semula sokongan mereka terhadap Anwar jelas telah merisaukan Anwar dan PKR.
Dapat dilihat Mustapha kini sedang cuba mendapatkan semula sokongan penyokong PAS yang semakin berkurangan akibat daripada pendirian PAS itu sendiri yang dilihat tidak tegas dalam isu moral Anwar Ibrahim. Jelas perjuangan PAS kini semakin tergelincir daripada landasan utama mereka iaitu memperjuangkan Agama Islam.

Thursday, April 21, 2011

Anwar Semakin Gentar ! Takut Nak Balik Malaysia !


Hangat di setiap akhbar pada hari ini, Pihak Polis telah menggunakan khidmat Pakar daripada agensi penyiaran Korea untuk mengesahkan Video Seks Anwar. Dan keputusannya jelas, ianya adalah Anwar Ibrahim. Malah Pihak polis juga tidak teragak-agak untuk mendapatkan keterangan China Doll yang terkenal itu untuk mendakwa Anwar Ibrahim Kelak.

Ketika ini Anwar seperti biasa, Seorang yang hanya tahu menyalak, tanpa keberanian. Takut dan terus melarikan diri keluar negara. Dengar desas desus mengatakan beliau ingin menjalankan pembedahan plastik. Ternyata Anwar sedang sibuk memikirkan cara-cara untuk menipu penyokongnya lagi.

Apa lagi yang para penyokong tegar Anwar mahukan? Video dah disahkan pihak luar, China Doll dah dikenal pasti. Itupun dikata fitnah lagi..

Kita tunggu sahaja Anwar kembali ke Malaysia. Baru dia tahu nasibnya selepas ini !

Sunday, April 17, 2011

Pemimpin Bacul Pakatan Rakyat !


Apa punya jenis pemimpin la dia ni. Kalau jenis macam inilah yang penyokong PR mahukan jadi Perdana Menteri, memang lingkup la Malaysia.

Setelah parti PR tewas di Sarawak, langsung tiada sebarang ucapan takziah, atau kata-kata pembakar semangat daripada Anwar kepada penyokong parti PR. Dikatakan Anwar terus melarikan diri ke luar negara kerana takut dengan pihak Polis dan Kerajaan Barisan Nasional. Manakan tidak? segala kes-kes Anwar sudah hampir ke penghujungnya.

Di Sarawak, Anwar sibuk berkempen, berceramah walaupun hanya untuk 15 ke 20 minit sahaja. Sibuk menabur fitnah di sana sini demi mendapatkan sokongan rakyat Sarawak. Tetapi jelas Rakyat Sarawak sememangnya tidak menerima Anwar dan Parti PR. Ketika berceramah, Anwar sendiri telah dihujani dengan soalan-soalan panas yang menyentuh isu Liwat, Video dan yang paling hangat Jam Tangan Omega. Dengar kata Anwar melenting dengan soalan-soalan itu. Sehinggakan sanggup memaki seorang wartawan yang menyoalnya. Apa jenis pemimpin la dia ni...cepat melenting. Dah salah...biasalah...takut...

Sekarang ini Anwar dah melarikan diri ke negara Eropah. Mungkin untuk mencari Jam Tangan Omega lain bagi mengantikan Jam yang berada dalam jagaan pihak polis. Sehingga kini Anwar dan juga keluarganya mendakwa mereka tetap ada jam tangan tersebut. Tapi tak pernah pun Anwar Ibrahim nak tunjukkan jam tangan itu. Kalau ada tunjuklah...
Para penyokong Anwar, takkanlah sekolah tinggi-tinggi, tapi masih buta? masih tak sedar lagi ke? Anwar tu kaki pembelit. Dia dan keluarganya semua kaki pembelit, kaki pembohong! Kaki Fitnah. Sedarlah kamu semua..jangan berjuang membabi buta sahaja...

Terlalu banyak peluang untuk Anwar membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi kenapa tidak diambil peluang itu? Pelik rasanya...

Suruh Sumpah...Takut...
Suruh Serah DNA...Sembunyi...
Suruh Saman...Senyap

Suruh Tunjuk Jam...Haram...Haram Jadah...

Tuesday, April 12, 2011

Raja Petra Bongkar Rahsia


Sekutu-sekutu fitnah Anwar Ibrahim, Raja Petra sendiri dah mengaku beliau memfitnah Datuk Seri Najib dalam kes pembunuhan Atlantuya atas arahan Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Selayaknya Anwar digelar Dajjal zaman ini. Hanya kerana tamakkan kuasa, dia sanggup untuk memburukkan seorang pemimpin yang berkaliber seperti Datuk Seri Najib.

Dengan pendedahan berani ini, apakah penyokong-penyokong kuat Anwar akan tetap membontoti ketua anugerah tuhan mereka itu? Terlalu banyak isu yang timbul mengenai Anwar Ibrahim pada masa ini. Tiada angin masakan pokok bergoyang?

Isu Jam Tangan Omega juga bakal menghampiri penghujungnya. Rakan-rakan rapat Anwar sendiri mengakui akan kesasihan jam tangan tersebut.

Rasanya sudah tiba Anwar Ibrahim untuk mengundur diri daripada arena politik. Dengan reputasinya yang semakin tercalar setiap waktu, kredibilitinya akan dipersoalkan oleh mata dunia. Ini bukanlah jenis pemimpin yang kita perlukan untuk negara kita.

Berundurlah Anwar...

Wednesday, April 6, 2011

Penyokong Tegar dah Sedar..

Adalah dinasihatkan agar para pro UMNO dan Barisan Nasional diminta bertenang dan izinkan pengikut-pengikut taksub PAS dan PKR untuk bermuhasabah diri mereka dan secara beransur-ansur cuba menerima kenyataan mengenai video seks insan anugerah tuhan mereka.

Amat sukar bagi para pengikut Anwar Ibrahim untuk menerima kebenaran seperti ini. Jangan kita paksa atau marah kepada mereka.

Dalam isu video seks yang sedang hangat diperdebatkan sekarang, begitu banyak hujah dan alasan yang diberi bagi mempertahankan Anwar Ibrahim - bermula dengan hujah dangkal perut buncit, sehinggalah yang terbaru dengan hujah "tahap bangang" yang menyentuh soal janggut Anwar Ibrahim.

Begitu pelik sedangkan hujah utama yang dapat membuktikan segalanya tidak diperjelaskan kepada para penyokong mereka. Hujah Jam Omega seharusnya menjadi hujah utama. Susah sangat ke nak bawak jam Omega itu? Besar sangatkah jam itu? sehingga kini tak dapat nak dipertontonkan?

Semua hujah yang cuba membela Anwar Ibrahim terbatal sama sekali tatkala kita berulang kali memerhati segala aspek pergerakan watak tersebut, bermula dengan senyumannya, gaya berjalannya, lenggok percakapannya, memek wajahnya dan keseluruhan gerak-geri tubuh badannya - meyakinkan kita, siapakah individu itu yang sebenarnya! Sekali gus menyanggah semua hujah busuk lagi hanyir para pemuja Anwar Ibrahim.

Siapa Yang Buat ?

Hayat Video yang dipaparkan di internet tak sampai satu hari. Dah kena remove. Tapi tak apa, saya sempat download video tu.

Yang menjadi perhatian saya, kenapa hanya 2 minit sahaja yang ditayangkan? mana yang lain?
Sungguh bijak siapa yang punya angkara ini. Jika saya yang memiliki video itu pun akan buat benda yang sama.

Kenapa?

Kerana, inilah peluang untuk kita melihat reaksi daripada Anwar Ibrahim sendiri. Kita dengar apa dia nak cakap, kita dengar alasan dia, kita dengar alibi buatannya itu. Bila dah keluar kenyataan, baru kita keluarkan video part 2.

Rasanya itu yang buat Anwar dan Keluarganya takut untuk bertindak. Jika benar tidak bersalah, pasti Anwar dah saman 3T kan ?

Monday, April 4, 2011

Nurul Izzah : Tak Perlu Sumpah Laknat !


Wan Azizah dan Anaknya Nurul Izzah kata mereka tidak akan membuat sumpah laknat. Ternyata genetik Anwar tetap mengalir di dalam darah Nurul Izzah. Walaupun Video terbabit telahpun disahkan oleh pihak polis, malah video tersebut juga telah dipaparkan kepada rakyat hari ini, Wan Azizah dan Nurul Izzah tetap tidak mahu menerima kenyataan.

Buat masa sekarang ni, mungkin Anwar tercari-cari orang yang mempunyai mirip raut wajahnya yang serupa dengannya supaya dapat dipusingkan lagi bahawa pelakon PORNO itu adalah bukanlah beliau.

Pakatan Rakyat kini telah mula hilang kepercayaan kepada Ketua mereka iaitu Anwar. Rata-rata mereka yang telah menyaksikan sendiri rakaman video tersebut mula merancang untuk bertindak keluar parti.

Ada juga yang mahukan Anwar meletak jawatan dan keluar daripada Pakatan Rakyat. Kini tiada siapa yang dapat membantu Anwar. Mungkin mereka boleh menipu rakyat, tetapi mereka tetap tidak boleh menipu diri mereka sendiri.

Wan Azizah dan Anaknya tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim! Penipu, Peliwat, Pengkhianat Bangsa dan Negara..


Karpal Ternganga ! Nak Bubar PKR ?


Terkejut si Karpal hari ni bila tengok blog-blog di internet penuh dengan video seks rakan karibnya Anwar Al Juburi. Itu hari Karpal sudah minta untuk Video dipertontonkan di Parlimen. Tapi apa yang dia dapat lebih dari yang dia minta. Satu Malaysia dapat tengok. Sekarang 1Malaysia akan beri komen dan pandangan mereka sendiri samaada video itu tulen ataupun tidak?

Dengarnya Karpal mengamuk besar dengan Anwar, malah Tuan Guru Nik Aziz pun terus semput bila dapat tahu cerita ini. Solat hajat Tuan Guru dah membuahkan hasil. Alhamdulillah...

Kita tunggu komen daripada Anwar pula lepas ini.

Tengok Sendiri La !

Sunday, April 3, 2011

Apabila PM Sudah Bersuara !


Anwar Ibrahim kini menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perancang utama segala tuduhan yang dihadapi oleh Anwar kini. Beliau menegaskan, Datuk Seri Najib yang merangka segala unsur fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Akibat daripada tuduhan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membalas pertuduhan Anwar.

"Macam-macam Hal !!!" Itulah respon daripada YB Perdana Menteri.

YB Perdana Menteri bertanya semula kepada Anwar Ibrahim Siapa individu yang membongkar segala pertuduhan terhadapnya? Zulkifli Nordin, Zahrain, Ezam, Lokman Nor Adam, Dr. Chandra dan yang terbaru Datuk Eskay.

YB Perdana Menteri tidak langsung kisah untuk bercerita tentang kelakuan Anwar. Jika benar beliau ada menyimpan dendam terhadap Anwar, sudah lama Anwar dihumbannya ke dalam penjara. Tetapi untuk apa beliau menyalahgunakan kuasa? YB Perdana Menteri memerli Anwar yang lupa siapa musuh beliau yang sebenar iaitu insan yang pernah digelar beliau sebagai ayah iaitu Tun Mahathir.

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat berpengalaman dalam bidang politik. Datang daripada susur galur seorang pemimpin iaitu ayahnya Tun Razak, serta mendapat pendidikan mengenai dunia politik seawal umur 20an, beliau lebih mengenali selok belok permainan politik di Malaysia.

Malah jika diperhatikan, Anwar Ibrahim yang memulakan pemfitnahan besar terhadap DS Najib. Isu kes pembunuhan Atlantuya, Anwar dengan lantang menuduh DS Najib yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut. Namun Anwar Ibrahim telah terkenal dengan cakap besar kosongnya itu, tiada isi. Oleh kerana tiada bukti maka tuduhan Anwar terhadap DS Najib adalah tidak berasas. Hanyalah fitnah semata-mata demi kepentingan politiknya. Masih ingat lagi kisah Anwar ingin membeli ahli parlimen BN serta mendakwa beliau akan mengambil alih kerajaan pusat? Apa yang terjadi? Hanya Omong Kosong...sebaliknya ramai ahli PR yang keluar parti dan menyertai BN semula.

Allah SWT berkuasa di atas segalanya. Kini segala percaturan Anwar telah memakan dirinya sendiri. Kini beliau menghadapi pertuduhan serius di dalam kes Liwat serta Video Seksnya.

Berikut merupakan kata-kata YB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :

"Tuhan kita.. Orang Islam.. Adalah Allah. Yakinlah.. Saya Perdana Menteri Malaysia. Memikul dosa pahala rakyat. Saya rela. Kerana ini takdir saya. Jika 1 hari nanti saya telah tiada, jika jijik sekalipun sebilangan manusia hendak menggelar saya seorang pejuang, sekurang2 nya saya berjaya memberi sedikit sumbangan terhadap Negara."

Inilah Pemimpin yang sebenarnya! Seorang Pemimpin ISLAM yang berani ! Kami akan sentiasa menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak !

Karpal Singh Nak Layan Video Lucah Di Parlimen ?


Nampaknya Karpal Singh dah ketandusan idea untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Yang peliknya Karpal sendiri minta untuk Video Seks tersebut di paparkan di dewan parlimen. Alasan beliau agar kebenaran Anwar Ibrahim dapat dibela. Ini mungkin taktik terdesak bagi Karpal untuk menegakkan benang yang basah.

Pelik juga, kenapa Karpal tak suruh Anwar saman je. Kan lagi senang. Dapat masuk mahkamah. Dapat dibicarakan. Kalau tak, nanti kerajaan yang dipersalahkan, kononnya menghukum tanpa bicara. Oh...PAS memang suka tajuk macam tu. Itu memang yang ditunggu PAS.

Tapi pelik, bila bab Video Seks ni, PAS seperti tak mahu campur tangan sangat. Mungkin mereka menggunakan pendekatan Play Safe bagi kes ini. Rasanya PAS pun tahu sangat perangai Ketua Pembangkang mereka ini.

Maka sekarang, Karpal dan rakan-rakan parlimen yang lain menyuarakan agar Video Seks tersebut dipertontonkan di Dewan Parlimen.

Kalau betul ianya dibenarkan, tak sabar nak tengok wajah-wajah ahli parlimen daripada pihak Pakatan Rakyat.

Dah Sahih ! Tak Payah Nak Cover Line Lagi..




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sendiri telah mengesahkan Video Seks adalah tulen, bukan superimpose tau. Tapi dia enggan dedahkan siapa ketua pembangkang yang terlibat dalam video tersebut.

Apa kita semua ni dungu ke? dah berminggu-minggu ramai yang menyaksikan video terbabit mendakwa ianya adalah Anwar Ibrahim @ Al Juburi. Tak perlu lah untuk Tan Sri dedahkan. Kita semua dah tahu.

Anwar sendiri cepat-cepat melenting bila tau dia kena tuduh. Tapi takdelah sampai nak menyaman sesiapa. Kita pun tahulah pasal apa dia tak mau saman. Karpal Singh pun tak berani nak nasihatkan Anwar untuk saman. Pasal dia pun tahu Anwar punya perangai busuk tu!

Sekarang hanya menunggu Anwar dibicarakan atas kes ini. Lepas tu kes DNA jangan lupa ya...apa-apapun yang pasti, Anwar Ibrahim tak dapat nak lari lagi. Semua dah terbongkar!

Berpintukan Jeriji Besi dan Berlantaikan Simen la nampaknya..