Saturday, July 30, 2011

Singkir Anwar. Tengku Razaleigh Jadi Ketua Pembangkang


Nampaknya Anwar Ibrahim dan keluarganya sedang di ambang keruntuhan. Para rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat kini sudah mula beralih arah, berpaling tadah.

Masakan tidak, setelah selama ini mereka berterusan ditipu dengan janji-janji palsu Anwar Ibrahim bermula dari isu 16 September, kemudian isu video seks dan kes liwatnya. Kini mereka telah tersedar daripada mimpi, Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang boleh mereka percayai lagi.

Malah perkara ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan yang utuh kerana masing-masing mempunyai agenda mereka tersendiri. Jika tidak, masakan mereka tidak lagi boleh bersatu di bawah satu bendera?

Malah dengan isu Video seks dan Kes Liwat 2 Anwar yang kini hanya menunggu keputusan perbicaraan mahkamah, kita dapat lihat bahawa rakan-rakan Anwar di dalam Pakatan Rakyat sedang merangka pelan bagi menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang jika beliau disabitkan kesalahan terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.

Dapat juga kita perhatikan, dengan pelawaan mereka kepada Tengku Razaleigh untuk menggantikan Anwar Ibrahim menunjukkan, diantara sesama mereka, tiada langsung calon yang benar-benar layak untuk menerajui Pakatan Rakyat.

Kini keluarga Anwar Ibrahim dilanda keresahan, dimana mereka sedar tidak lama lagi, segala keistimewaan yang diberikan kepada mereka oleh ahli Pakatan Rakyat akan hilang tidak lama lagi. Hanya menunggu masa....

Bagaimana rakyat Malaysia boleh meletakkan kepercayaan mereka kepada parti yang lemah sebegini?

No comments:

Post a Comment