Sunday, July 17, 2011

BERSIH Kini Milik Peliwat, Penzina Dan Pelacur !


Pihak pembangkang kini boleh merasa bangga kerana mereka akan mempunyai ramai ahli baru yang terdiri daripada golongan pelacur yang menjadikan Peliwat dan Penzina utama Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai idola mereka.

Adakah ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Malaysia? Adakah para ibu bapa, isteri akan selesa apabila mengetahui bahawa parti PR kini akan dianggotai oleh golongan pelacur?

Adakah ini adalah parti BERSIH yang sedang diperjuangkan oleh mereka?


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.
"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.
"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

Nampaknya Parti Pakatan Rakyat kini sanggup mempergunakan apa sahaja cara demi meraih sokongan rakyat tidak kira samaada ianya dengan cara yang bersih ataupun kotor.

Rakyat Malaysia harus bertindak bijak dalam memilih pemimpin mereka demi kepentingan masa depan mereka dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment