Saturday, July 30, 2011

Singkir Anwar. Tengku Razaleigh Jadi Ketua Pembangkang


Nampaknya Anwar Ibrahim dan keluarganya sedang di ambang keruntuhan. Para rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat kini sudah mula beralih arah, berpaling tadah.

Masakan tidak, setelah selama ini mereka berterusan ditipu dengan janji-janji palsu Anwar Ibrahim bermula dari isu 16 September, kemudian isu video seks dan kes liwatnya. Kini mereka telah tersedar daripada mimpi, Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang boleh mereka percayai lagi.

Malah perkara ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan yang utuh kerana masing-masing mempunyai agenda mereka tersendiri. Jika tidak, masakan mereka tidak lagi boleh bersatu di bawah satu bendera?

Malah dengan isu Video seks dan Kes Liwat 2 Anwar yang kini hanya menunggu keputusan perbicaraan mahkamah, kita dapat lihat bahawa rakan-rakan Anwar di dalam Pakatan Rakyat sedang merangka pelan bagi menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang jika beliau disabitkan kesalahan terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.

Dapat juga kita perhatikan, dengan pelawaan mereka kepada Tengku Razaleigh untuk menggantikan Anwar Ibrahim menunjukkan, diantara sesama mereka, tiada langsung calon yang benar-benar layak untuk menerajui Pakatan Rakyat.

Kini keluarga Anwar Ibrahim dilanda keresahan, dimana mereka sedar tidak lama lagi, segala keistimewaan yang diberikan kepada mereka oleh ahli Pakatan Rakyat akan hilang tidak lama lagi. Hanya menunggu masa....

Bagaimana rakyat Malaysia boleh meletakkan kepercayaan mereka kepada parti yang lemah sebegini?

Sunday, July 17, 2011

BERSIH Kini Milik Peliwat, Penzina Dan Pelacur !


Pihak pembangkang kini boleh merasa bangga kerana mereka akan mempunyai ramai ahli baru yang terdiri daripada golongan pelacur yang menjadikan Peliwat dan Penzina utama Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai idola mereka.

Adakah ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Malaysia? Adakah para ibu bapa, isteri akan selesa apabila mengetahui bahawa parti PR kini akan dianggotai oleh golongan pelacur?

Adakah ini adalah parti BERSIH yang sedang diperjuangkan oleh mereka?


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.
"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.
"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

Nampaknya Parti Pakatan Rakyat kini sanggup mempergunakan apa sahaja cara demi meraih sokongan rakyat tidak kira samaada ianya dengan cara yang bersih ataupun kotor.

Rakyat Malaysia harus bertindak bijak dalam memilih pemimpin mereka demi kepentingan masa depan mereka dan anak-anak.

Saturday, July 9, 2011

Panas! Anwar Diterajang Pihak Polis!


Dalam perhimpunan haram BERSIH hari ini yang kononnya mahu menyelamatkan negara Malaysia dari kerajaan Barisan Nasional yang zalim, Anwar Ibrahim ternyata gagal untuk mencapai matlamat menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalan raya seperti di Mesir.


Berbanding dengan BERSIH 1 yang kehadirannya mencecah 30 ribu penyokong Pakatan, perhimpunan haram kali ini yang diterajui oleh kafir Ambiga hanya mampu membawa kurang dari 10 ribu peserta saja..

Biarpun cuba di spin oleh portal pro pembangkang tentang kehadiran yang kononnya mencecah ratusan ribu penunjuk perasaan di ibunegara, ternyata gambar dan realiti sebenar tak mampu mereka putar belitkan.

Tahniah kepada pihak Polis yang menangani semua pengkhianat-pengkhianat negara tersebut dengan baik. Walaupun PDRM seringkali diprovokasi oleh para penunjuk perasaan, namun etika profesional Polis telah berjaya membuatkan keselamatan ibu negara dikawal sepenuhnya.

Bagi Anwar pula, dia yang sebelum ini mengatakan akan turun mengepalai demonstrasi BERSIH ini, terbukti hanya cakap kosong belaka. Kelibat Anwar langsung tak kelihatan di jalanan. Dia hanya berkampung di Hotel Hilton kerana takut ditahan oleh Polis Anti Rusuhan.

Dan didalam satu insiden rempuhan oleh pihak Polis di Hotel tersebut, diberitakan bahawa pengawal peribadi Anwar telah cedera akibat bergelut dengan Polis. Anwar mengambil kesempatan ini untuk berlakon seolah-olah dia pun mengalami kecederaan yang teruk juga.

Anwar yang kelihatan sihat walafiat semasa rempuhan Polis reda di Hotel Hilton, tak semena-mena terus jatuh sakit ketika mengiringi pengawal peribadinya ke Pantai Medical Centre. Anwar memang bijak memanipulasi keadaan untuk kepentingan peribadinya sendiri.

Ketika ditemui oleh media di Hospital tersebut, Anwar memberitahu kononnya dia terpaksa melakukan CT Scan dan terpaksa dipakaikan pendakap leher akibat dari kecederaan yang kononnya dilakukan oleh Polis.

Inilah skill lakonan Anwar yang memang terkenal sejak dari zaman Sg Buloh lagi.. Dalam sekelip mata Anwar boleh berubah darpada sihat walafiat terus kepada sakit nak mampus. Memang Anwar harus dinobatkan sebagai pelakon politik terbaik abad ini.

Rakyat harus buka mata dengan semua tipu helah Anwar. Semua ini dilakukannya semata-mata untuk melepaskan diri dari perbicaraannya tak lama lagi. Lakonan Anwar ini juga bertujuan untuk memburukkan imej Polis dan juga kerajaan DS Najib.

Anwar memang lah sebenar-benarnya manusia dua alam.. Anwar sanggup lakukan apa saja demi survival politik hapraknya. Hanya manusia yang buta dan tuli sahaja yang masih terpedaya dengan semua lakonan gampang Anwar ini!

Friday, July 8, 2011

Barisan Utama Pemimpin Penipu !


Ramai pemimpin pembangkang termasuk Ambniga dan Anwar terutamanya sangat2 berharap ditahan di bawah ISA untuk kembali melonjak popular sekaligus menjadi hero rakyat dalam isu BERSIH. Penangkapan akan mendatangkan simpati dalam negara dan internasional dan kerajaan dianggap pengecut, diskriminasi, diktator dan tidak demokrasi.

Penangkapan juga dapat menghilangkan rasa malu dan menyelamatkan ego mereka kerana BERSIH tidak menepati sasaran seperti perancangan malah mendapat tentangan majoriti rakyat dan polis tidak mudah terpedaya dan tunduk dengan strategi dan taktik mereka.

Besok akan ada pemimpin pembangkang yang sengaja menyerah diri kepada polis untuk diberkas, kemudiannya akan meronta ronta macam babi terjerat seolah olah dipukul polis sebaik sahaja lensa kamera wartawan upahan memberi fokus . Akan keluarlah pula esoknya di dada internet dan akhbar mother tounge dajjal mereka kononnya polis melakukan kekerasan, inilah perangai bangsat yang selalu mereka pamirkan.


Kegagalan Ambiga menyerahkan memeorandum semasa bertemu SPB menyerlahkan lagi mereka sebenarnya penipu dan pembohong no.1. BERSIH mempunyai agenda yang lebih jauh dari itu apabila bunga2 rakyat sudah semakin kurang menyokong mereka terutama keputusan terakhir pilihanraya kecil jika dijadikan kayu ukuran. Malah mereka sedar manifesto mereka juga gagal dan mengecewakan rakyat.


Pembangkang sekadar mahu menyelamatkan Anwar sebelum pilihanraya untuk meraih simpati melalui undi untuk ke Putrajaya tetapi Anwar jugalah mereka akan 'korbankan' sebaik sahaja pilihanraya tamat.

Ahmad Sabu digunakan untuk memancing Melayu untuk keluar menyokong dan Ambiga untuk memancing kaum India keluar menyokong BERSIH, tetapi bagaimana dengan kaum cina? Mereka sekadar lebih menjadi pemerhati dan hanya muncul jika di saat kemenangan. Penangkapan pemimpin cina sebelum ini sekadar sandiwara - mereka lebih rela ditangkap dari dirempuh pada hari esok.